Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kompilasi Momen ‘Bersemut’ Fattzura...

SIAPA sangka, pertemuan di lokasi penggambaran drama rantaian Hero Seorang Cinderella menjadi kisah...

Nasha Teroka Bidang Bisnes...

AKTRES cantik jelita, Nasha Aziz sekian lama tidak muncul di kaca televisyen (TV)....

1.5 Bilion Unit Tambahan...

PUTRAJAYA - Lebih 50,000 masyarakat India dijangka mendapat manfaat daripada 1.5 bilion unit...

Remaja Putus Tangan Ditetak...

GEORGE TOWN - Seorang remaja lelaki putus tangan kanan akibat ditetak dalam kejadian...

Pihak Bantah JITN Tidak Memahami Peranannya

KUALA LUMPUR — Pihak yang membantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) tidak mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan jabatan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Beliau berkata JITN yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 Nov, telah mendapat bantahan daripada kalangan pemimpin persatuan sivil dan hak asasi manusia sejak penubuhannya diilhamkan kerana mereka tidak memahami sepenuhnya fungsi jabatan itu.

“Saya fikir mereka semua membantah kerana mereka tidak faham sepenuhnya peranan JITN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di sini, hari ini.

Aktivis integriti Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Lee Lam Thye dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan mempersoalkan penubuhan JITN. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut menyuarakan pendapat sama dengan berkata bajet diperuntukkan bagi JITN lebih baik digunakan untuk menambah baik unit penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Low sebelum ini dilaporkan berkata JITN, yang dinaik taraf daripada Bahagian Integriti dan Tadbir Urus kepada jabatan penuh, tidak mempunyai kawalan ke atas agensi seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan kerana ia merupakan institusi bebas.

Mengulas lanjut, Low berkata jabatan itu dalam usaha membangunkan sekumpulan penjawat awam yang mempunyai keupayaan dan kemahiran tertentu, akan berperanan menjadi agensi peneraju dan pemangkin bagi perubahan berkaitan dengan integriti dan hak asasi manusia, sama ada dari segi cara berfikir, prosedur, peraturan atau malahan undang-undang.


“Kami (jabatan) akan menjadi pihak yang akan mempunyai pandangan menyeluruh terhadap perkara-perkara, yang tahu akan akibat, punca dan faedahnya. Dan kami akan menjadi pihak yang akan mencadangkan sebarang perubahan kepada Kabinet,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Low berkata jabatan itu yang berada di bawah seliaannya, berobjektif untuk mewujudkan kerjasama lebih jitu dalam kalangan jentera kerajaan dalam mendukung dan memperjuangkan hak asasi manusia.

“Penubuhan jabatan ini mencerminkan iltizam kerajaan dalam mengarusperdanakan dan menginstitusikan hak asasi manusia dalam struktur kerajaan. Ini memerlukan sebuah agensi peneraju dan JITN akan berperanan melakukan transformasi yang perlu,” katanya. – BERNAMA

Kategori