Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tedung Selar Empat Meter...

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar...

Telegram Yang Dipertua Dewan...

Kuala Lumpur : Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan...

Tiga Sahabat Curi Kambing...

Kuala Terengganu - Mahkamah Majistret di sini, semalam, mengarahkan tiga sahabat menjalani hukuman...

MRT Fasa Dua Hampir...

PETALING JAYA - Ketika fasa pertama Transit Aliran Massa (MRT) akan memulakan perkhidmatannya...

PLUS Tawar Rebat Tol 20% Sempena Krismas

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pemegang kad PLUSMiles bersempena cuti perayaan Hari Krismas Isnin ini.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna kad Touch n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus sepanjang hari pada 25 Dis ini.

“Rebat itu diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lubuh raya kendalian PLUS.

“Pada hari tersebut (25 Dis), orang ramai masih perlu membayar tol pada kadar biasa dan rebat tersebut hanya akan dimasukkan dalam kad PLUSMiles dan Touch n Go (dalam bentuk tambah nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat pelanggan PLUS bermula 15 Jan sehingga 14 April,” demikian menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLUS

Kategori