Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Gembira, Lega Dan Bersyukur”

GEORGETOWN - Gembira, lega dan bersyukur. Itu luahan penuntut-penuntut institut pengajian tinggi (IPT)...

KKM Jawab Propaganda Portal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menjawab tuduhan liar yang disebarkan oleh sebuah portal...

Si Tora: Ketawa Hanya...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PERTAMA kali mendengar tentang kisah lelaki ini yang merupakan...

Abby Abadi Kongsi ‘Screenshot’...

NAMPAKNYA 'percakaran' yang berterusan antara pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Muhammad Noor...

PM Kongsi Isu Baitulmaqdis Dengan Wakil KULN

LA LUMPUR – Pendirian kerajaan membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah antara perkara yang dikongsi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) hari ini.

Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dalam interaksi kira-kira 30 minit itu, perwakilan KULN ingin mendengar sendiri suara hati perdana menteri berhubung isu berkenaan.

Beliau memetik Najib berkata bahawa isu Baitulmuqaddis bukan sahaja pendirian kerajaan, tetapi juga UMNO sebagai mewakili perasaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Perdana menteri turut menjelaskan mengenai kepentingan negara mempunyai pendekatan bersifat transformasi dan berubah dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 serta Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Reezal Merican kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.


Sementara itu Presiden KULN Ahmad Syazwan Shah Shah Headan berkata seramai 53 perwakilan dan 23 pemerhati yang menghadiri pertemuan itu berpuas hati dengan penjelasan Najib terhadap kesemua soalan yang diajukan.

“Antara yang ditanya adalah bagaimana Bajet 2018 memberi impak kepada kami dan Datuk Seri Najib berkata kerajaan akan terus bantu pelajar luar negara melalui pemberian biasiswa,” katanya. – BERNAMA

Kategori