Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Ekspres Didakwa...

MACHANG - Seorang pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian...

Iskandar Pada Landasan Betul...

ATLET lompat bergalah negara, Iskandar Alwi membuktikan beliau berada di landasan yang betul...

Penagih Tetak Bapa Kerana...

PADANG BESAR - Seorang anak tergamak menetak dan menikam bapa kandungnya sendiri selepas...

Muktamar PAS Ke-63 Kanvas...

ALOR SETAR - Berlatarbelakangkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang diramal diadakan tahun...

Polis Selamatkan Wanita Asing Mangsa Pemerdagangan

BUTTERWORTH – Polis menyelamatkan lima wanita warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Uda, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Nor berkata bertindak hasil risikan dan intipan, sepasukan polis menyerbu hotel itu kira-kira pukul 9.30 malam dan turut menahan dua lelaki tempatan berusia 20 dan 29 tahun.

“Pemeriksaan dalam bilik penginapan di hotel itu, polis berjaya menyelamatkan empat wanita Thailand dan seorang wanita Laos berusia 23 hingga 33 tahun.

Semua wanita warga asing yang diselamatkan itu dipercayai dijadikan pelacur di bilik hotel berkenaan sejak beberapa bulan lepas,” katanya di sini hari ini.

Katanya polis turut merampas tuala, tisu, kondom dan cecair pelincir yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran berkenaan.

Noorzainy berkata dua lelaki yang ditahan itu merupakan ejen kepada wanita warga asing berkenaan dan mereka menawarkan perkhidmatan seks menerusi laman sosial.


Katanya polis turut merampas empat buah telefon bimbit bersama dua lelaki itu dipercayai ia digunakan untuk urusan perniagaan aktiviti pelacuran mereka.

Sindiket itu menawarkan khidmat seks bermula dengan bayaran RM100 bagi setiap pelacur dan dipercayai mereka turut beroperasi di beberapa hotel lain di sekitar Butterworth.

“Dua lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang kesan sindiket pemerdagangan manusia berkenaan. Kes disiasat menurut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – BERNAMA

Kategori