Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Semua Kementerian, Jabatan Diarah...

PUTRAJAYA : Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian...

295 Anggota Polis Dikerah...

KUANTAN - Polis Pahang akan mengerahkan 295 anggotanya bertugas semasa Pilihan Raya Kecil...

Gambar Viral, Murid Tahun...

SEJUK perut ibu mengandung.. itulah yang boleh dikatakan apabila melihat gambar ini yang...

19 Individu Terlibat Judi...

KUANTAN - Polis menahan 19 individu termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat dalam...

Polis Serbu Kedai Serbaneka 24 Jam Di Sarawak

MIRI – Polis menyerbu kedai serbaneka 24 jam di beberapa lokasi di Sarawak minggu lepas yang menawarkan perkhidmatan isian semula bagi judi dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata sejumlah lima serbuan dijalankan di Miri, Padawan dan Sarikei melibatkan rampasan 12 unit komputer, tablet dan wang tunai berjumlah RM3,415 dalam operasi dari 4 hingga 10 Dis lepas.

“Bagi penjualan 4D haram, sebanyak 19 serbuan dibuat menghasilkan rampasan telefon bimbit, mesin cetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan, alat tulis dan wang tunai RM2,326,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata keseluruhannya bagi tempoh sama, sejumlah 44 individu berumur antara 18 dan 68 tahun ditahan kerana pelbagai kesalahan judi di seluruh negeri dan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori