Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Konsert Rapatkan Saf Jendela...

1. Sejarah perlu selalu dicipta terutama dalam soal menyatukan ummah. Kita tidak boleh...

Caj Ganti Mykad RM1,000...

PUTRAJAYA - Orang ramai yang mahu menggantikan kad pengenalan (MyKad) hilang buat kali...

2,000 Sekolah Berdepan Masalah...

MELAKA - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengenal pasti sebanyak 2,000 sekolah di...

H5N1 Dikesan Pada Lembu...

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji...

Polis Tahan Mekanik, Miliki 4 Rekod Jenayah

BESUT – Seorang mekanik yang mempunyai empat rekod jenayah akhirnya berjaya ditangkap pihak polis di Kampung Gong Medang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata suspek yang berusia 40 tahun itu pada awalnya cuba bergelut dengan anggota polis.

Katanya, ketika ditemui, suspek sedang tidur di dalam kereta di hadapan bengkel kereta bagaimanapun apabila terjaga dia telah bertindak memandu secara melulu hingga melanggar kereta peronda yang diletakkan di belakang keretanya.

“Dalam kejadian 6.15 pagi itu… sebelum bertindak anggota polis telah menghalang kereta suspek dengan meletakkan kereta peronda polis di belakang kereta suspek sebelum mengejutnya dari tidur.

“Bagaimanapun, apabila sedar dari tidur, suspek telah bertindak menghidup enjin keretanya untuk melarikan diri dengan memandu ke arah hadapan hingga melanggar tiang bengkel dan juga kereta polis ketika cuba mengundur,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Tambahnya, keadaan tersebut memaksa anggota polis bertindak memecahkan tingkap kereta suspek sebelum berjaya menangkapnya dan menerusi pemeriksaan, polis menemui sebilah parang, sebilah pisau dan sebilah sabit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah.

Suspek juga didapati positif dadah dan kini ditahan sementara menunggu proses tahanan reman bagi polis melakukan siasatan terhadap kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes kecurian. – BERNAMA

Kategori