Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rombakan MARA Jejas Bumiputera

URA-URA Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal dipecah ke beberapa kementerian mengikut konsep pengasingan...

Rurik Gislason Semakin Sensasi...

PEMAIN tengah Iceland berambut perang menjadi bintang sensasi di media sosial apabila berjaya...

Ahli UMNO Usah Amal...

TAWAU - Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan anggota...

‘Rebranding’ Idea BN, PH...

PENDANG - Kerajaan PH perlu bersikap rasional dan tidak seharusnya malu untuk meneruskan...

Potret Mahathir Masih Digantung Di PAU 2017?

KENANG JASA… Meskipun bekas presiden UMNO kelima iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah lebih setahun berpaling tadah kepada pihak pembangkang, namun parti itu tetap tidak berdendam.

Malahan, potret beliau tetap dipasang gah seiring dengan enam lagi pemimpin UMNO lain ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) yang berlangsung meriah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Keadaan ini jelas membuktikan bahawa parti umat Melayu terbesar dunia itu bukan sahaja berjiwa besar, bahkan turut tidak melupakan segala sumbangan dan jasa yang pernah dilakukan oleh bekas pemimpin berkenaan.

Selain itu, senario ini juga menjelaskan bahawa UMNO sedikitpun tidak pernah berdendam meskipun Mahathir sering melemparkan pelbagai tohmahan buruk terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Situasi ini jelas berbeza dengan parti pembangkang lain jika ada pemimpin ataupun orang kanan yang berpaling arah ‘melompat’ parti, potret mereka pasti akan ‘buang’ malah ada memijak habis gambar bekas tokoh berkenaan.

Untuk rekod, presiden pertama UMNO, Dato’ Onn Jaafar turut melakukan perkara sama seperti Mahathir apabila atas faktor politik ketika itu dan kemudian menubuhkan parti pembangkang baharu yang akhirnya ‘berkubur’.


Bagaimanapun, jika dilihat potret bekas menteri besar Johor itu masih tetap dipasang sehingga ke hari ini sebagai mengenang jasa beliau yang juga merupakan pengasas kepada parti keramat ini di Istana Johor pada 1946 lalu.

Begitu juga potret Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra dan Bapa Perpaduan, Tun Hussein Onn meskipun mereka berdua bertindak keluar parti dan menyokong lawan menentang Mahathir sendiri pada 1988.

Tinjauan Mynewshub mendapati potret semua pemimpin UMNO itu juga dipasang di kawasan strategik di sekitar PWTC dan tiada insiden pihak tertentu yang conteng atau merosakkan wajah mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori