Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anwar Tak Perlu Pujuk...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata Anwar Ibrahim tidak...

Caj 20 Sen Denda...

SHAH ALAM - Caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan ke...

APM Bina Menara Kawalan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan membina menara kawalan di pantai...

Buku Kisah Hidup Khabib...

KISAH hidup petinju terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov bakal dibukukan dalam autobiografi berjudul #KhabibTime. Malah,...

PPM Johor Tahan 20 PATI Untuk Diseludup Keluar

KOTA TINGGI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan 20 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia yang dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini melalui laluan tidak sah di Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua mereka yang yang ditemui bersembunyi di dalam hutan di pesisiran pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar itu, ditahan dalam empat serbuan berasingan mulai 2 pagi hingga 3 pagi tadi.

“Pemeriksaan mendapati kesemua lelaki yang berumur 20 hingga 50 tahun itu bersembunyi di kawasan hutan terbabit sejak tiga hari lepas.

“Mereka dipercayai diuruskan oleh orang-orang tertentu sementara menunggu bot pancung untuk membawa mereka pulang ke negara asal melalui laluan tidak diwartakan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Khiu berkata kesemua pendatang asing tanpa izin itu kini ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63( Pindaan 2002) untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori