Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Skandal Kaya Luar Biasa:...

PUTRAJAYA - Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan reman selama...

Serangan Di Nice Angkara...

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan insiden trak yang merempuh orang ramai...

Ahmad Zahid Dilantik Timbalan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai...

Imam Wanita Mahu Cabar...

COPENHAGEN- Sebuah masjid pertama yang diketuai wanita dibuka secara rasmi di sini dengan...

Produk Tamat Tempoh Dijual Di Pasar Raya Besar

LABUAN – Sebuah pasar raya besar dan kedai coklat di sini didapati masih menjual 65 produk yang telah tamat tempoh dan kemik bernilai RM1, 040 hasil pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.

Tiga puluh lima coklat bernilai RM780 dan 25 produk tenusu dan buah-buahan dalam tin bernilai RM251.00 dirampas dari dua premis dalam operasi bersama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, cawangan Labuan dan Perbadanan Labuan.

Dalam operasi itu melibatkan lebih 30 anggota yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, produk tertentu juga didapati dijual tanpa tarikh luput.

Dr Ismuni berkata jabatan akan menjalankan operasi bulanan untuk menjaga kualiti produk pengguna dan setiap tiga bulan dengan agens-agensi penguatkuasaan yang lain. – BERNAMA

Kategori