Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Johor Anjur Kursus Bangun...

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan...

Dr. Idris Calon Menteri...

KURANG dua minggu sebelum Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu,...

Pengawal Sekolah Ala ‘Taiko’...

HARAPKAN pegar, pegar makan padi! Itulah yang berlaku di Sekolah Menengah Haji Taib...

Penganggur Tetak Warga Asing...

GEORGE TOWN - Seorang penganggur dilapor menetak seorang pekerja kontrak Bangladesh dipercayai akibat...

Program Bakat PETRONAS Fokus Cub Prix, Moto3

PETRONAS mengesahkan bahawa Hafizh Syahrin, pelumba yang telah dibimbing di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS, akan menyertai Kejuaraan Moto2 Dunia 2018 secara eksklusif bersama pasukan Sepang International Circuit (SIC) Racing.

PETRONAS telah mencapai objektif asal program untuk melahirkan pelumba Malaysia yang berdaya saing, mempunyai kebolehpasaran dan kemandirian yang tinggi.

Dalam pada itu, PETRONAS akan terus memupuk bakat baharu melalui program akar umbi, iaitu Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, dan menerusi kerjasama dengan SIC dalam Kejuaraan Moto3 Dunia melalui pasukan PETRONAS Sprinta Racing.

PETRONAS komited dalam usaha membangunkan pelumba pelapis yang mampu mewakili Malaysia di arena sukan permotoran antarabangsa, sekaligus mengukuhkan jenamanya di persada global.

Sejak menyertai program ini pada tahun 2009, Hafizh berserta pengurusan Raceline Malaysia dan PETRONAS, menempuh sembilan musim dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) and Kejuaraan Moto2 Dunia.


PETRONAS berbangga dengan pencapaian Hafizh dan berharap beliau terus maju jaya dalam sukan permotoran. PETRONAS turut menghargai dan berterima kasih kepada Racelina Malaysia yang memainkan peranan penting dalam membentuk karier Hafizh sebagai pelumba kebangaan Malaysia yang menempa nama di arena permotoran antarabangsa.

Kategori