Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PGA Rampas Rokok Seludup...

KLUANG - Sebanyak 300,500 kotak rokok putih pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.5 juta...

Sah Agong Tolak Pengampunan...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang,...

Cantik Bak Bidadari, Video...

SIAPA sangka bermula hanya sebagai pasangan pelakon dalam drama rantaian, Hero Seorang Cinderella, Nur...

CEO LHDN Hadiahkan Kereta...

CEO LHDN Hadiahkan Kereta Setengah Juta Buat Bini???Semalam kecoh kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Sabin Samitah... Hadiahkan kereta harga setengah juta buat isteri tersayang.Siap poster bagai mencerita hal itu.Dengar aje, hati terus panas. Wah.. Banyaknya duit... Sesuka hati belikan bini kereta mewah camtu.Terus tanya kawan yang kerja di LHDN.Berbeza dengan penulis yang emosi, terus percaya, rakan di LHDN tu seorang yang lebih tenang dan dikenali di kalangan rakan-rakan kami pun sebagai seorang yang bijak.Dia memberitahu penulis beberapa perkara yang kemudiannya membuka mata.Pertama sekali, tidak dinafikan memang CEO hadiahkan kereta kepada isterinya, tapi banyak point tokok-tambah yang menyebabkan ramai tak faham isu dan terus marah.Dia memberitahu, kereta yang dibeli dalam 300K lebih sikit aje, bukan sampai 500k atau RM1 juta.Dan kata rakan admin, kereta itu bukan dibeli tunai, sebaliknya bayar muka dan bayar bulanan, sama macam jutaan rakyat Malaysia buat."Dan bro, pinjaman bank yang dibuat lagi tinggi pada down-payment, jadi takda la apa isu pun, setakat seorang CEO antara agensi terbesar kerajaan nak beli kereta dalam 300K untuk bini dia dengan hutang bank, takda la apa pun yang pelik," kata rakan penulis.Sudah tentu beliau boleh bayar la setakat kereta harga 300K.Ceh...penulis pun emosi tak kena tempat.Faham isu.. Baru tahu.. Takda la apa benda pun.Mungkin ada yang tak puas hati dengan CEO tu kot... Tu yang rajin sampai buat poster bagai.. Saje nak bagi orang buruk sangka.Lepas tahu isu sebenarnya... Penulis pun rasa bersalah... Harap tuan CEO dapatkan maafkan penulis dan ramai lagi yang terpedaya kat luar tu.Harap yang rajin menyebarkan berita sampai buat poster apa semua, insaf la sekali.

Projek Naik Taraf Hospital Tawau Siap Menjelang 2020

TAWAU – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini merasmikan majlis pecah tanah naik taraf Hospital Tawau bernilai RM223 juta, di sini.

Projek naik taraf itu melibatkan pembinaan blok bangunan baharu di kawasan bekas tapak letak kereta hospital dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang Mei 2020.

Projek itu juga melibatkan penambahan 154 katil kepada 555 katil di wad yang sedia ada, klinik pakar, pembinaan enam dewan bedah, naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta tambahan perkhidmatan baharu seperti endoskopi suite, aset MRI dan mesin mamogram.

Projek mega sektor kesihatan itu yang diluluskan bawah Rancangan Malaysia ke-11 tersebut turut menempatkan Unit Pendidikan Pesakit, perpustakaan, maklumat kemahiran, pusat kajian dan kualiti, serta auditorium dan bilik seminar yang masing-masing mampu menampung 250 dan 80 orang.

Ali ketika ditemui pemberita berkata projek naik taraf itu membuktikan harapan kerajaan supaya masyarakat di Tawau serta daerah sekitar dapat memanfaatkan perkhidmatan perawatan kesihatan yang lebih berkualiti, yang juga merupakan antara hospital kluster negara.

Mengenai kemudahan tempat letak kereta, Ali berkata pihak hospital dan Kementerian Kesihatan telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Tawau dan terdapat 440 petak kereta berhampiran kawasan hospital disediakan untuk pengguna.

“Untuk jangka masa panjang, kami akan menyediakan tapak parkir kereta bertingkat yang turut dilengkapi dengan kemudahan lain termasuk restoran,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menurutnya Tawau akan menikmati pembangunan berterusan dengan beberapa projek baharu serta naik taraf untuk kesejahteraan rakyat.


“Antaranya kami akan naik taraf klinik perubatan di Merotai serta untuk penjawat awam di daerah ini kami akan adakan kemudahan seperti pembinaan kuarters,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Ali berkata Malaysia perlu ada inovasi seiring dengan hasrat untuk mencapai status negara maju iaitu 20 teratas di dunia menjelang tahun 2050.

“Kita harus inovatif dan cepat daripada negara maju seperti pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam sektor kerajaan yang memberi pulangan terbaik kepada negara dan rakyat,” katanya dan menambah pertumbuhan positif ekonomi negara penting untuk mencapai hasrat tersebut.

Ali berkata individu juga perlu mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan dan bersama kerajaan membasmi kemiskinan.

“Rakyat perlu tahu apabila hasil negara meningkat sekali gus pendapatan negara turut meningkat dan peningkatan pertumbuhan itu perlu lebih tinggi daripada peningkatan inflasi,” katanya. – BERNAMA

Kategori