Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rita Rudaini Harap Fasha...

SEBAGAI rakan seperjuangan dalam industri seni, pelakon jelita Rita Rudaini mengakui dirinya turut terkesan...

Usaha Lemahkan Tabung Haji...

KUALA LUMPUR - Sebarang usaha untuk melemahkan Tabung Haji harus ditentang oleh semua...

Isu QZ8501: Ucapan Takziah...

Misi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki hari ketiga ini akhirnya terjawab apabila...

Gadis 16 Tahun Ditangkap...

Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari...

Proton Berada Di Landasan Yang Tepat

KUALA LUMPUR – Pengendali pusat servis Proton di Nilai, Negeri Sembilan, Ryan Lai, 35, berpandangan Proton berada di landasan yang tepat di sebalik kritikan dilemparkan netizen ke atas syarikat automotif nasional itu kerana jalin kerjasama dengan syarikat dari China.

Katanya, beliau yang mempunyai seramai 65 pekerja di Pusat Servis LHM One Stop Car baru-baru ini dijemput sendiri oleh Proton untuk melawat pengedar Geely dan Institut Penyelidikan Geely di Shanghai.

“Saya melawat pengedar Geely di sana dan apa yang saya lihat betul-betul membuka mata saya. Mereka layan pelanggan dengan begitu baik. Walaupun Geely bukanlah sebuah jenama premium, perkhidmatan yang ditawarkan sama jenama kereta premium.

“Lawatan ke fasiliti Geely sememangnya pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Saya akan mengambil beberapa idea dari situ dan melaksanakannya di pusat perkhidmatan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ryan berkata, beliau turut berpeluang memandu uji SUV Geely Boyue, model yang bakal diperkenalkan oleh Proton di Malaysia tahun hadapan.

Kata beliau, SUV Geely Boyue mempunyai rupa dan saiz yang menarik dan kualiti dalamannya benar-benar mengujakan.


“Papan pemuka, perapi pintu, tempat duduk kulit serta kelengkapan pada Boyue mengingatkan saya pada SUV mewah Jerman,” katanya.

Beliau turut memberi pandangan mengenai enjin turbo dan kotak gear automatik SUV Geely Boyue yang sangat lancar.

“Proton sedang menuju ke arah yang betul. Saya akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pelaburan saya untuk jenama ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori