Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bilangan Mangsa Banjir Di...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini berkurangan kepada 1,022...

PAS Puji Langkah Kerajaan...

PAS menyokong langkah kerajaan untuk menyegerakan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi...

Operasi SAR Di Sungai...

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri...

Amuk Bagai Dirasuk Hantu...

KUALA TERENGGANU - Hanya kerana RM50, seorang anak bagaikan dirasuk hantu apabila tergamak...

PRU14: Anggota Polis, Sukarelawan Bantu

JOHOR BAHRU – Seramai 8,000 pegawai, anggota dan sukarelawan polis dari kontinjen Johor akan dikerahkan untuk membantu memastikan kelancaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata jumlah tersebut termasuk melibatkan 500 sukarelawan polis.

“Kekuatan kami (anggota) sekarang berada pada tahap yang baik dan mereka telah pun diberikan latihan untuk berdepan situasi di luar jangka.

“Kami ramalkan Johor adalah antara negeri yang paling ‘hangat’. Jadi, kami kena sentiasa bersiap sedia biarpun belum tahu perancangan setiap parti yang bertanding,” katanya kepada Bernama.

Mohd Kamarudin berkata demikian selepas Latihan Ex-Undi Percubaan PRU14 polis kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), lewat malam tadi.

Beliau berkata latihan itu yang bermula sejak awal pagi hingga lewat malam merupakan kesinambungan kepada latihan sebelum ini dan bertujuan menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam berdepan pelbagai ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.


Mohd Kamarudin berkata dalam masa sama, ia akan memastikan polis agar berupaya mengenal pasti serta memperbaiki kelemahan dalam mengatur gerak elemen bawah perintah.

Latihan itu disertai 400 pegawai dan anggota polis dari seluruh Johor.

Antaranya membabitkan satu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersama Water Cannon Unit 2 Johor, satu unit pencegah rusuhan (PORU) dari Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam serta dua unit Pasukan Light Strike Force (LSF) IPD JBU,” katanya. – BERNAMA

Kategori