Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila dilaporkan tidak pulang ke rumah...

“Kutuk Saya, Jangan Kaitkan...

PENYANYI muda, Ismail Izzani berharap orang ramai supaya tidak mengaitkan ibu juga merupakan...

Perpaduan UMNO-PAS Tidak Akan...

ALOR SETAR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan kerjasama dan...

Tempoh Diskaun Pembayaran Saman...

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman...

PRU14: Azizah Sedia Galas Tanggungjawab Jika Dicalon

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya diberi mandat untuk bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

“Kalau dicalon… Alhamdulillah, tetapi jika tidak dicalonkan pun, kita tetap akan sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon.

“Tetapi selagi menjadi wakil rakyat, saya akan meneruskan kerja-kerja seperti mana yang diarahkan oleh pucuk pimpinan dan memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui Bernama sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarqa, Wanita dan Masyarakat itu berkata sebagai parti yang bersistem, pemilihan calon terletak kepada pucuk pimpinan UMNO yang membuat penilaian dan pemilihan calon terbaik.

“Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan calon….siapapun yang dipilih kita sokong dan kita akan tetap teruskan amanah untuk rakyat,” katanya yang juga Anggota Parlimen Beaufort.


Azizah juga yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional demi kesinambungan pembangunan khususnya wanita di Sabah.

Dalam pilihan raya lepas, Azizah menewaskan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sabah ketika itu Datuk Seri Lajim Ukin di Parlimen Beaufort dengan majoriti 673 undi. – BERNAMA

Kategori