Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MBMB Sita 3 Mesin...

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyita tiga mesin judi di premis...

Sajat Berang Anak Kembar...

NIAT untuk menunjukkan keakraban kedua-dua anak kembarnya mencetuskan isu pula kerana gambar yang...

Awasi Pergerakan Jari Pada...

KUALA TERENGGANU - Pengendali senjata api dinasihat agar lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan...

4 Kereta Keluarga Pegawai...

PUTRAJAYA - Empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Kastam terbakar di hadapan...

PSM Perlu Jadual Liga-M Sebelum Selangor Beraksi

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mendapatkan jadual penuh Liga Malaysia (Liga-M) 2018 sebelum membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan.

PSM dalam satu kenyataan memaklumkan walaupun memberi lampu hijau kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggunakan venue berkenaan, mereka perlu mendapatkan jadual penuh Liga-M 2018 terlebih dahulu bagi memastikan penggunaannya tidak bertindih dengan penganjur lain yang membuat tempahan awal dengan perbadanan itu.

Baru-baru ini, Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan PSM memberi lampu hijau kepada skuad Gergasi Merah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan, namun masih menunggu kelulusan rasmi daripada pentadbir Liga Malaysia, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

Untuk rekod, Selangor menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada saingan Liga-M musim ini kerana kerajaan Selangor dikatakan tidak membenarkan skuad Gergasi Merah menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan berkenaan. – BERNAMA

Kategori