Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nazri Perlu Bersihkan Nama...

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengkritik pelantikan...

Kemaskini Portal SPA Punca...

SEMALAM Mynewshub telah melaporkan secara eksklusif bagaimana keputusan permohonan program Latihan Pembantu Kesihatan Awam...

Stres Sakit Kaki, Pengasuh...

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak membongkarkan perbuatan kejam...

Biadap! Lelaki Ini Harap...

BERITA kehilangan sebuah helikopter yang membawa orang kenamaan ketika dalam perjalanan dari Betong ke...

Pulang Pingat Kerana Setia Pada Suami – Siti Hasmah

MITHALI… Selepas menggemparkan umat Islam seluruh dunia kerana patuh arahan suami sendiri larang dirinya berhijab, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sekali lagi memeranjatkan dunia politik.

Kali ini isteri tokoh pembangkang veteran berusia hampir seabad itu mengakui tidak dipaksa atau dipengaruhi oleh sesiapa dalam tindakan nekadnya menyerahkan semula pingat kebesaran yang pernah dikurniakan Sultan Selangor.

Dalam kenyataan dimuat naik menerusi akaun Facebook suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa, Siti Hasmah berkata langkah memulangkan darjah kebesaran diterimanya dari Istana Selangor dibuat secara sukarela.

“Saya fikir kalau suami saya terasa begitu (mahu memulangkan semula pingat kebesaran yang diterimanya), saya sebagai isteri patut bersimpati kepada beliau dan turut menyokong hasratnya,” kata wanita berumur 91 tahun itu.

Semalam media melaporkan pasangan Mahathir dan Siti Hasmah bertindak menyerahkan semula dua pingat yang diterima daripada Sultan Selangor ekoran kritikan Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap bekas negarawan itu.

Pihak Istana Alam Shah di Klang dalam satu kenyataan media mengesahkan telah menerima darjah kebesaran negeri berkenaan tanpa halangan. Pingat terbabit diserahkan kepada pegawai kanan istana pada 7 Disember lalu.

Ramai penganalisis politik tempatan mengutuk keras tindakan Mahathir itu sebagai satu lagi cubaan sembah derhaka berbanding tampil memohon maaf kepada Sultan Selangor atas keceluparan pemimpin pembangkang itu.

Umum maklum, Mahathir semasa 22 tahun pemerintahan beliau dahulu juga kurang mesra dengan institusi beraja dan kenyataan berhubung isu pemulangan pingat itu seperti sengaja dibuat pada Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Baca: “Suami Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah

Juga: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Belai Anjing

Dan: Tun M Pula Mahu Jadi PM Lagi, Rekod Tertua Dunia

Mengulas dengan lebih lanjut menurut Siti Hasmah, beliau sendiri adalah anak jati Selangor dan berasa amat dihargai apabila pernah menerima anugerah pingat kebesaran berkenaan daripada sultan negerinya sendiri.

“Tetapi disebabkan apa (isu semasa) yang berlaku baru-baru ini, saya rasa saya perlu bantu (sokong) hasrat suami saya dengan memulangkan semula darjah-darjah kebesaran kurniaan Tuanku Sultan Selangor,” katanya.


Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan belum didaftarkan secara sah, menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 1978. Ia hanya diberi kepada dua individu pada satu masa.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum beliau melepaskan jawatan secara rasmi sebagai perdana menteri pada Oktober 2003.

Siti Hasmah dilaporkan turut memulangkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor. Beliau dianugerahi pingat berkenaan daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994.

Hari ini pihak istana Selangor menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kembali segala pemulangan darjah berkenaan daripada pasangan tersebut minggu lalu tanpa sebarang halangan.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata pewartaan pembatalan kurniaan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran tersebut akan dilakukan pihak istana mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.

Pemulangan pingat itu dibuat beberapa hari selepas akhbar The Star dan Mingguan Malaysia menyiarkan laporan eksklusif temu bual mereka dengan Sultan Sharafuddin bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor semalam.

Dalam temu bual itu Sultan Selangor turut memberi pandangan terhadap Mahathir yang enggan meminta maaf ekoran tohmahan biadab beliau menghina etnik Bugis sebagai keturunan lanun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori