ALOR SETAR – Satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 46 mangsa banjir daripada 13 keluarga berikutan limpahan air sungai berdekatan di kawasan Bukit Pinang dekat sini, ditutup sepenuhnya 10.30 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar Kapten (PA) Mohd Zain Bahrum dalam kenyataan berkata kesemua mangsa itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air yang memasuki kediaman mereka, surut sepenuhnya.
Beliau berkata limpahan air itu disebabkan fenomena Monsun Timur Laut iaitu air datang dari hulu hingga menyebabkan air sungai melimpah masuk ke dalam rumah penduduk.
Pusat pemindahan itu dibuka pada 12 tengah hari 7 Dis. – BERNAMA