Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Speaker Dewan Rakyat Tolak...

KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, menolak usul...

Cadangan Guna Tandas OKU...

KUALA LUMPUR - Cadangan agar golongan transgender menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan...

PM Bersyukur Bot Tempur...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur...

Perlu Ada Mekanisme Agihan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan persekutuan perlu mencari satu mekanisme bagi pengagihan hasil cukai...

Putin Umum Bertanding Pemilihan Presiden 2018

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan presiden tahun depan dan penganalisis menyifatkan beliau mampu mencapai kemenangan dengan mudah.

“Saya akan menjadi calon untuk jawatan Presiden Rusia,” kata Putin semasa pertemuan dengan pekerja kilang pembuatan kereta di bandar Nizhny Novgorod, lapor agensi berita Xinhua.

Walaupun jumlah calon yang berminat untuk bertanding semakin ramai, beliau dijangka menang besar pada pilihan raya yang dijadual pada 18 Mac 2018.

“Ia akan menjadi pungutan suara mengenai kepercayaan rakyat terhadap Putin,” kata Pengerusi Institut Strategi Kebangsaan, Mikhail Remizov.

Beliau berkata, yang akan menjadi isu utama ialah untuk menggalakkan minat rakyat terhadap pemilihan itu, kerana “hasilnya sangat jelas kepada kedua-dua penyokong Putin dan lawannya,” yang akan menimbulkan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil peduli dalam kalangan pengundi.

Menurut Remizov, perhatian rakyat kini lebih tertumpu kepada agenda Putin dalam pilihan raya, keutamaannya dan rancangan masa depan.

Putin dipilih sebagai Presiden Rusia pada 2000 dan dipilih sekali lagi pada 2004. Dari 2008 hingga 2012, beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri.


Pada 2012, Putin dipilih semula sebagai Presiden. Pada masa itu, kadar sokongan terhadap Putin adalah sekitar 80 peratus, menurut tinjauan pendapat umum.

Setakat ini, pemimpin Parti Liberal Demokrat Rusia, Vladimir Zhirinovsky, pengasas Parti Liberal Yabloko liberal, Grigory Yavlinsky dan ketua parti komunis Rusia, Maxim Suraikin secara rasmi menyuarakan hasrat untuk bertanding.

Turut menyatakan minat termasuk, penyampai televsiyen Ksenia Sobchak, ahli perniagaan Sergei Polonsky, serta penyanyi dan wartawan Ekaterina Gordon. – BERNAMA

Kategori