Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sembilan Lemas Akibat Banjir...

SHAH ALAM : Angka terkini mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam...

PRN Johor: DAP Umum...

KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengumumkan dua lagi calon dari parti itu yang...

‘Sebak Tapi Saya Perlu...

KUALA LUMPUR : "Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga."IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Nahas Kereta ‘Paling Mahal’...

BEIJING - Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg...

Qobin Mula Penjelajahan Grand Slam Hari Ini

IKON sukan lasak negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin atau Qobin hari ini memulakan ekspedisinya ke Titik Kosong Darjah di Kutub Selatan.

Ekspedisi ini merupakan misi terakhir bagi melengkapkan Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 sebelum diiktiraf sebagai Explorers Grand Slam atau Penjelajah Grand Slam.

“Ini merupakan penjelajahan saya yang terakhir, iaitu ke Kutub Selatan selepas ekspedisi selama 13 tahun ini, bermula dengan pendakian Gunung Everest pada 2004,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) petang tadi.

Baca: Misi KE7B Berjaya Tawan Kutub Utara Lebih Awal

Juga: Qobin Bakal Ski Antartika Lengkap Misi 7 Benua

Lagi: Kejutan TPM Sumbang RM100K Demi Misi Qobin

Qobin, 36, merupakan rakyat Malaysia pertama, umat Islam ketiga dan termuda yang akan menyertai 70 penjelajah yang telah diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam selepas beliau berjaya menamatkan ekspedisi ini.

Sementara itu, Qobin menyatakan pengalaman yang ditimbanya sepanjang misi lepas akan digunakan sebaiknya pada misi kali ini kerana ekspedisi itu agak mencabar jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.

“Cabaran untuk Kutub Selatan selain sejuk, cuacanya yang sentiasa berangin dan ketinggiannya lebih tinggi berbanding Kutub Utara iaitu 2,600 ke 2,800 meter,” ujarnya.

Menurut Qobin, beliau dengan penjelajah lain akan melakukan persiapan di Punta Arenas, Chile sebelum menjalani latihan akhir di The Union Glacier Camp, Antartika.

Qobin dan beberapa orang penjelajah antarabangsa yang terbabit dijangka tiba ke Titik Kosong Darjah pada 26 atau 27 Disember ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik yang turut memberi sokongan kepada penjelajah tunggal negara yang akan menyertai empat penjelajah lain dalam ekspedisi kali ini.


Kata Nong Chik, kejayaan Qobin yang merupakan anggota Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai tersebut memang luar biasa dan wajar dicontohi anak muda selain memajukan bidang sukan negara.

“Beliau akan menjadi satu ikon kepada anak muda kerana menjadi antara yang terawal untuk mencapai kejayaan menjadi Penjelajah Grand Slam.

“Ini menjadi contoh kepada anak-anak muda untuk mencapai pencapaian terbaik dalam bidang sukan ekstrem,” katanya.

Dalam pada itu, Qobin turut mengharapkan akan ada penjelajah lain yang akan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah dicapainya kini.

Laungan ‘Malaysia Boleh’ serta sokongan yang diberikan rakyat Malaysia akan mengiringi misi Qobin dan diharapkan beliau berjaya mencipta sejarah baru dengan menamatkan ekspedisi ini.

Sebelum ini, Qobin telah berjaya menawan Gunung Everest pada 2004, diikuti Gunung Kilimanjaro (2010), Gunung Aconcagua (2010), Gunung Vinson Massif, Antartika (2011), Gunung McKinley (2012), Gunung Elbrus (2012),  Carstensz Pyramid atau puncak Jaya (2014) dan Gunung Kosciousko pada 2006. – MYNEWSHUB.CC

Kategori