Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Remaja Dikhuatiri Lemas Di...

DUNGUN - Kegembiraan tiga remaja lelaki menghabiskan cuti hujung minggu berakhir dengan tragedi...

Mahdzir Sifatkan Pelantikan Tanggungjawab...

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi...

PM Bentang Pelbagai Insentif...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan...

Mahathir Pegang Janji Peralihan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian beliau dan Tun Dr...

Raja Muda Perlis Lancar Kempen ‘Nihayatul-Am’

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan kempen ‘Nihayatul-am’ yang menggalakkan masyarakat menunaikan ibadah zakat, wakaf dan sedekah menjelang akhir tahun di Dewan Orang Ramai Kampung Titi Serong di sini, malam tadi.

Baginda bertitah orang ramai juga boleh memberi sumbangan untuk menyucikan harta tidak patuh syariah dengan menyalurkannya kepada Tabung Bara’atuz-Zimmah (t-BAZ) yang diuruskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Selain menyediakan ruang kepada masyarakat Islam membersihkan harta mereka, orang ramai digalakkan memberi maklumat asnaf kepada MAIPs bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya, titah baginda sebelum melancarkan kempen tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang DiPertua MAIPs bertitah umat Islam wajar mengambil kesempatan akhir tahun ini dengan membuat perkiraan untuk menunaikan kewajipan ibadah zakat melalui MAIPs.- BERNAMA

Kategori