Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ancaman Daesh: Cadang Visa...

TUMPAT - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan agar kerajaan Malaysia memperkenalkan visa untuk warga asing...

Pasangan Tunai Haji Bawa...

MADINAH - Kehidupan seekor anak kucing yang sakit dan tidak boleh berjalan di...

Menteri Russia Dakwa Adolf...

TEL AVIV, Israel — Israel semalam mengutuk keras Moscow kerana kenyataan ‘tidak boleh...

Henti Sebar Khabar Angin...

KOTA KINABALU - Orang ramai diberi amaran agar tidak menyebarkan khabar angin bahawa...

RCI Forex: Bersih 2.0 Pertahan Mahathir

KUALA LUMPUR – Agenda sebenar Bersih 2.0 yang selama ini mendakwa mereka kononnya sebuah gerakan rakyat yang tidak berpartisan untuk menumbangkan kerajaan kian terserlah!

Organisasi yang sering melaungkan keadilan, hak asasi rakyat serta menuntut pilihan raya yang bersih itu ternyata cuma alat pembangkang yang berlindung di sebalik imej badan bukan kerajaan (NGO)

Terbaru, Bersih 2.0 secara terbuka mengkritik siasatan keatas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung skandal kerugian tukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) meskipun siasatan itu baru bermula.

“Kami terkejut dengan kepantasan yang diambil oleh RCI dalam siasatannya. Kerugian itu cuma kerugian forex, bukan pengubahan wang Haram,” dakwa Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan berhubung skandal itu membuat laporan polis meminta siasatan dilakukan sama ada berlaku jenayah pecah amanah dan penyelewengan dalam perkara itu.

Skandal tersebut menyebabkan kerugian negara yang mencurigakan berjumlah RM31.5 bilion pada antara tahun 1992 dan 1994.


Ia berdasarkan laporan 524 muka surat yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis lalu yang menyatakan Mahathir yang merupakan perdana menteri pada masa itu telah membenarkan kenyataan menteri kewangan yang mengelirukan.

Laporan itu juga menambah bahawa menteri kewangan ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim “sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan yang mengelirukan” kepada Kabinet.

RCI juga melibatkan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang bertanggungjawab dalam operasi perniagaan forex BNM pada masa itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori