Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Maut Lepas Minum Air...

MAJLIS hari jadi adalah saat yang menggembirakan bagi individu yang diraikan, lebih meriah...

Lelaki Kena Renjatan Elektrik...

TRAGEDI menimpa seorang penyokong presiden Brazil yang digantung tugas, apabila dia terkena renjatan...

Cameron Beri Kata Dua...

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron semalam memberi amaran kepada...

Halimah Yacob Buat Persiapan...

SINGAPURA - Halimah Yacob hari ini meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura  dan Anggota Parlimen untuk...

Remaja 16 Tahun Diculik, Sepupu Dedah Cerita Sebenar

RABU lalu, seorang remaja berumur 16 tahun dilaporkan telah diculik oleh seorang individu yang disyaki menyamar sebagai anggota polis di Sungai Ruan, Raub, Pahang.

Dalam satu kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nor Syamin Nabila Binti Mohd Shapawi keluar ke daerah Pekan bertujuan untuk membeli keperluan persekolahan.

Hasil tinjauan Mynewshub memetik beberapa sumber berkata secara tiba-tiba gadis terbabit didatangi oleh seorang lelaki berbangsa melayu yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dan lengkap berpakaian uniform polis di hadapan kediamannya.

Suspek kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang anggota polis dari Balai Polis Ruan yang ditugaskan untuk menangkap mangsa di atas kesalahan menunggang motorsikal tanpa lesen.

Ekoran itu, suspek juga dikatakan meminta mangsa untuk mengambil motorsikalnya di Pekan, Sungai Ruan selain turut meminta keizinan ibu gadis itu untuk membawanya ke Balai Polis.

Namun, pada hari yang sama iaitu sekitar jam 3.30 petang, ibu mangsa dikatakan telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) yang di dihantar oleh mangsa.

Menerusi SMS berkenaan, mangsa memaklumkan bahawa dia dalam keadaan sihat dan sedang di bawa menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Bukan itu sahaja, malah suspek juga memberitahu semua barang kemas miliknya seperti rantai dan gelang tangan turut telah dirampas oleh suspek.

Bagaimanapun, nombor telefon mangsa tidak dapat lagi dihubungi lagi selepas itu akibat disyaki suspek mungkin sedar mangsa memiliki telefon bimbit.

Susulan itu, ibu mangsa bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis dan siasatan awal mendapati nomboryang digunakan oleh mangsa tiada dalam perkhidmatan.


Memetik laporan Bernama, pihak polis kini sedang giat melakukan siasatan bagi mengesan dan menangkap penjenayah tersebut.

Sementara itu, sepupu mangsa dikenali sebagai Roses Kiera mengakui sedih atas kejadian yang menimpa mangsa.

Melalui satu kiriman WhatsApp, Roses mendedahkan bahawa mangsa merupakan seorang anak yang sangat baik dan sering membantu ibunya menjual kuih demi menampung perbelajaan harian keluarga.

Sehubungan itu, Roses menyeru orang ramai yang menjumpai mahupun mengenali mangsa agar dapat melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau hubungi kedua ibu bapa gadis berkenaan di talian 014-5014160 (ibu) dan 011-25452950 (ayah).

Selain itu, Roses juga meminta agar netizen berhenti menyebarkan maklumat palsu dengan mengatakan Nor Syamim ke rumah suspek seperti mana yang tersebar meluas di dalam aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

Sebaliknya, mendoakan yang baik-baik agar Nor Syamim dijumpai semula dalam keadaan selamat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori