BERLIN – Seorang remaja lelaki Afghanistan berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menikam mati seorang remaja perempuan Jerman ketika bergaduh semalam.
Pendakwa raya di Landau, barat daya Jerman, bagaimanapun menolak ia bermotifkan keganasan.
Pergaduhan berlaku di sebuah kedai runcit dan remaja Afghanistan itu ditahan susulan gambaran diberikan orang ramai kepada polis.
Tidak diketahui sama ada suspek adalah pelarian. Remaja Jerman yang juga berusia 15 tahun itu meninggal dunia tengah hari semalam di hospital akibat kecederaan yang dialami.
Punca pergaduhan tidak diketahui. – AFP/BH ONLINE