Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kasihan.. Murid Luah Kesedihan...

KHAS untuk sesetengah remaja di luar sana yang gemar memberontak terhadap ibu bapa,...

Jenayah Juvana Menurun Dengan...

LABUAN - Bilangan kes jenayah juvana yang melibatkan pelajar sekolah di pulau bebas...

Saham Terus Jatuh, Bursa...

MERUDUM... Kemerosotan terburuk prestasi saham di Bursa Malaysia iaitu rekod paling teruk sejak...

Wanita 54 Tahun Meninggal...

DUNGUN - Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang...

Remaja OKU Lemas Semasa Mahu Selamatkan Adik

KUANTAN – Seorang remaja kelainan upaya (OKU) ditemui lemas selepas dia cuba menyelamatkan adiknya yang juga seorang OKU di Lata Lembik, Ulu Sungai Cheroh, Raub dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Nor Dyana Abd Malek, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada 4.50 petang semalam, selepas gagal mengawal dirinya kerana keadaan yang licin.

Mangsa yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia difahamkan mahu menyelamatkan adiknya Siti Normala, 15, yang merupakan OKU mata daripada tergelincir semasa berkelah di kawasan rekreasi itu.

“Mangsa disyaki tersangkut di bawah batu dan sehingga 7 petang semalam, pasukan bomba dengan bantuan orang kampung termasuk Orang Asli cuba mengeluarkan mayat mangsa namun gagal kerana arus air yang sangat deras.

“Operasi bersambung semula 8 pagi tadi,” katanya semasa dihubungi di sini.


Wan Mohd Zahari berkata mangsa yang beralamat di Jalan Bukit Seladang, Bera itu datang menziarahi abangnya di Kampung Batu Malim, Raub pada Khamis lalu.

Dia bersama 13 anggota keluarganya kemudian pergi berkelah di Lata Lembik pada 3.20 petang semalam. – BERNAMA

Kategori