Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tiada Undang-Undang Jelas Halang...

KUALA LUMPUR - Tiada undang-undang jelas yang boleh digunakan bagi menghalang diadakan pilihan...

Simulasi Bantu Media Fahami...

SEREMBAN - Simulasi proses pengundian dan pengiraan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Iraq Masih Tunggu Malaysia...

KUALA LUMPUR - Demi kepentingan hubungan dua hala, Iraq berharap Malaysia akan membuka...

Kertas Putih Batu Puteh...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan Kertas Putih mengenai isu kedaulatan Batu Puteh yang...

Rindu Lakonan, Tapi Diana Malu Ingat Dia Yang Lama

SIAPA sangka dahulu dirinya pernah dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang mempunyai imej seksi, namun kini semuanya sudah berubah.

Bagi Nordiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 31, dia berasa sangat malu apabila mengingat kembali imej dirinya yang dahulu sampaikan dia sangat berharap agar pihak televisyen tidak lagi menyiarkan lakonan lamanya.

“Sejujurnya saya memang berasa malu apabila mengenangkan apa yang terjadi dulu dan sebolehnya saya ingin lupakan segalanya.

“Namun saya tidak mempunyai hak untuk halang mereka daripada menyiarkan filem-filem itu dan saya berharap agar pihak tersebut dapat mempertimbangkan permintaan saya ini.

“Bagi saya biarlah apa yang berlaku itu menjadi sejarah dalam hidup saya dan mungkin itu adalah kesalahan diri saya pada masa lalu,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Diana kini merupakan salah seorang pengacara program Bismillah Ad Dhuha menerusi Astro Oasis bersama dengan Yana Samsudin, Fakhrul Radi dan PU Amin.

Pada masa yang sama, walaupun Diana kini sedang bergiat aktif dalam dunia pengacaraan tetapi perasaan rindu untuk kembali berlakon itu masih lagi ada.

Baginya, bidang pengacaraan itu dianggap sebagai kerjaya utama dan ianya lebih sesuai dengan statusnya sekarang sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Buat masa sekarang saya memang masih aktif lagi dalam bidang seni, namun kini fokus utama pula dalam bidang pengacaraan.

“Bergelar pengacara ini masanya juga lebih fleksibel dan saya juga turut mendapat ilmu menerusi segmen yang dilakukan dalam Bismillah Ad Duha.


“Tipu kalau saya katakan tidak rindu pada lakonan namun mungkin buat masa sekarang masih belum ada watak yang benar-benar sesuai dengan saya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Diana turut memberitahu bahawa jika suatu hari nanti masih ada rezeki untuknya berlakon semula, dia akan pertimbangkan seandainya watak tersebut bersesuaian.

Selain itu, pelakon yang dilahirkan di Birmingham, England itu turut terpilih menjadi salah seorang Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 (MVM).

Antara selebriti lain yang turut menjadi ikon ialah Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Puan Dila Mubarak, Lah Ahmad, Datin Alyah, Mila Jirin, Azmi Saat dan Syamel.

Tak mengapalah Diana, mungkin sekarang rezeki awak masih lagi di dunia pengacaraan. Rezeki manusia ni kita tak tahu. Mungkin esok mungkin lusa atau tahun depan baru  lah tawaran itu akan datang kan.

Diana telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Mohd. Habibbullah A. Rahman yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Mereka telah dikurniakan dua orang iaitu Khaulah Al Azwar dan Khadija Azzehra. – MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori