Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembabitan Pejuang Dalam PRN...

KUALA LUMPUR: Pembabitan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu...

PEJUANG Tawar Kerajaan Penyayang...

KUALA LUMPUR : Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menawarkan sebuah kerajaan penyayang, yang...

Kenyataan Muhyiddin ‘Belum Beranak...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Juruterbang Mabuk Dalam Kokpit,...

BERLIN - Pembantu juruterbang syarikat penerbangan Portugal ditahan di Stuttgart selepas didapati mabuk...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, berikutan unit tempatan terus menarik susulan kedudukannya yang lebih baik berbanding mata wang serantau, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.0650/0680 daripada 4.071/0770 semasa ditutup semalam.

Ketua Perdagangan OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata mata wang tempatan berada pada kedudukan yang baik berbanding mata wang lain.

Bagaimanapun, keadaan dagangan kecil menyebabkan pelabur jangka panjang tidak memasuki pasaran hingga awal 2018 yang dijangka memberi keyakinan, katanya.

“Tetapi ringgit terus menggalakkan, dan boleh menjangka keadaan pasaran akhir tahun menghalang unit tempatan daripada menguji ringgit pada tahun ini berbanding paras terendah dolar,” katanya dalam kenyataan.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.


Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0234/0263 daripada 3.0247/0310 semalam dan diniagakan tinggi berbanding pound British kepada 5.4333/4393 daripada 5.4515/4607 pada Rabu.

Ia susut berbanding euro kepada 4.8268/8308 daripada 4.8188/8264 semasa ditutup pada Rabu. Ia rendah berbanding yen kepada 3.5888/5917 daripada 3.5976/6035 semalam. – BERNAMA

Kategori