Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rayuan MB Kedah Kes...

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk...

Penulis Novel Saman Ziela...

PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya 'menawan' hati penonton menerusi drama bersiri...

Mangsa Banjir Kelantan Turun...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 10,608 orang setakat...

10 Pelajar Asrama Akhlak...

ALOR SETAR - Seramai 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok...

“RM100 Sehari Tak Cukup? Elok Mampus Jelah Kak”

DALAM keadaan ekonomi yang tidak seberapa stabil ini, RM100 sangat bernilai bagi mereka yang benar-benar dalam keadaan terdesak dan mempunyai masalah kewangan.

Lihat sahaja barangan yang dibelanjakan kebanyakan suri rumah, RM100 itu sudah boleh membeli pelbagai barangan basah di sebuah pasar untuk tahan beberapa hari.

Namun hakikatnya, tidak semua dalam kalangan masyarakat kita berfikiran begitu.

Bagi golongan bourjois yang sudah terbiasa hidup mewah, RM100 itu diibaratkan seperti RM10 yang boleh dihabiskan dalam masa beberapa minit sahaja.

Seperti seorang gadis ini yang mengatakan RM100 yang diberikan ibunya tidak cukup, malah mempersoalkan bagaimana dia boleh meneruskan kehidupan dengan jumlah wang yang kecil itu dalam sehari.

Sedangkan angka RM100 itu sebenarnya cukup untuk seminggu jika gadis tersebut belanja berhemah dan dengan penuh berjimat cermat.

“Ibu bagi RM100 untuk belanja hari ini, macam mana nak meneruskan hidup ini?” tulisnya dengan emoticon menunjukkan tanda riak muka sedih.


Kicauan menjengkelkan itu seterusnya dihujani pelbagai cemuhan, malah dilabel ‘anak tak reti bersyukur’ oleh kebanyakan netizen.

Namun bagaikan tak makan saman, gadis itu sempat membidas beberapa netizen yang mengecamnya sebelum bertindak memadamkan tweet tersebut.

Bagaimanapun, netizen sempat menyimpan screenshot tweet gadis berkenaan dan ia menyebabkan dia sekali lagi kembali menjadi bahan cemuh netizen secara jemaah.

Malah, laman Instagram gadisi itu juga turut dihentam bertubi-tubi oleh netizen sehingga mamaksanya menukar tetapan di akaun media sosial miliknya kepada mod privasi.

Wanita itu difahamkan tidak dapat menerima tindakan netizen yang menegurnya secara terbuka, malah meminta mereka melakukan teguran dengan beradab dan kena pada caranya. – MYNEWSHUB.CC

Video sekadar hiasan…

Kategori