Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 5,000 Individu Diisytihar...

IPOH - Seramai 5,845 individu di Perak telah diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi...

Treler Bawa 40 Tong...

KULIM - Sebuah treler yang membawa muatan 40 tong asid sulfurik terbalik di...

PBNS Kumpul RM50,000 Untuk...

SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumpulkan RM50,000 dalam tiga perlawanan persahabatan...

Moyang Remaja Ini Memiliki...

SEORANG remaja yang berkongsikan gambar moyangnya di laman sosial miliknya menjadi viral baru-baru...

Rogol Gadis Bawah Umur: Pengawal Dipenjara, Sebat

PUTRAJAYA – Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan rotan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak kerana merogol seorang gadis bawah umur.

Satah Nasil Ibrahim, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan merogol gadis yang berumur 16 tahun 11 bulan itu di dalam bilik sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 22 November lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali memerintahkan supaya hukuman penjara ke atas Satah bermula dari tarikh tangkapan pada 30 November tahun ini.

Menurut fakta kes yang dibentangkan pihak pendakwaan, gadis itu berkenalan dengan Satar menerusi laman sesawang sosial dan Satar kemudian meminta gadis itu berjumpa dengannya di depan sebuah perhentian bas pada hari berkenaan.

Fakta kes itu menyatakan gadis itu memberitahu rakannya tentang insiden terbabit, yang kemudiannya memaklumkan kepada nenek mangsa. Ibu mangsa yang selepas itu mendapat tahu tentang insiden itu, mendesak anaknya supaya membuat laporan polis.

​​​​​​​Ketika rayuan, Satar yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman penjara yang ringan atas alasan dia mempunyai seorang anak berumur lima tahun dan perlu menyara ibu bapanya.


Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan, yang meminta mahkamah menjatuhi hukuman lebih berat, berkata kes seperti itu semakin berluasa, bermula dengan berkawan menerusi laman sesawang sosial dan seterusnya mengambil kesempatan untuk melakukan rogol.

Beliau berkata mahkamah perlu mempertimbangkan kepentingan awam dan memastikan keselamatan kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa. – BERNAMA

Kategori