RASAKAN…seorang lelaki yang disyaki paedophile telah diheret keluar dari kereta sebelum dipukul oleh sekumpulan wanita selepas dia didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Lelaki itu, Alex Tocas Huacha didakwa melarikan diri dari bilik tidur kanak-kanak berkenaan di Trujillo, Peru.
Dia cuba untuk melarikan diri dari dipukul oleh kumpulan wanita terbabit dengan menaiki teksi namun gagal. Sebaliknya dia diseret ke tepi jalan dan dipukul.
Kumpulan wanita tersebut yang dipercayai anggota keluarga kepada kanak-kanak itu turut mengoyak bajunya.
Polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah membawa Huacha dari situ.
Huacha memaklumkan kepada polis bahawa dia mabuk dan tidak ingat apa yang berlaku ketika disoal mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak itu. – MYNEWSHUB.CC