Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Olimpik Brazil: Segalanya Kini...

ILTIZAM utama Sukan Olimpik ialah perpaduan. Fokusnya pula mencari jaguh dunia dalam ratusan...

Lebih Baik Guna Duit...

KUALA LUMPUR - “Daripada berbelanja bawa balik rakyat kita di luar negara, baik...

Ahli Parlimen Perlu Dukung...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

Puteri UMNO Sokong Operasi...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO menegur MCA supaya lebih sensitif terhadap sebarang...

‘Rompak’ Pinjamkan Hatiku, Farid Kamil Lapor Polis

JIKA sebelum ini, filem Abang Long Fadil 2 dan Kau Yang Satu menjadi mangsa jenayah siber apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah rakam dan memuat naik cerita itu laman sosial.

Baca: Filem Abang Long Fadil 2 ‘Dirompak’ Lagi

Kali ini, filem yang baharu sahaja ditayangkan di pawagam iaitu Pinjamkan Hatiku turut menjadi mangsa jenayah komersial berkenaan.

Khabarnya filem tersebut dipercayai dirakam menerusi aplikasi Facebook Live di sebuah panggung wayang di Kuala Terengganu, Terengganu.

Ekoran itu, pelakonnya, Farid Kamil telah membuat satu laporan polis kerana merasakan perbuatan tersebut seharusnya diadili di muka pengadilan.

“Sebagai pelakon siapa yang tidak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalahgunakan seperti itu.

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan. Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah.

“Dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya dipetik mStar Online.


Menurut Farid, tindakannya membuat laporan itu kerana rasa tanggungjawab untuk sama-sama memelihara industri perfileman sekaligus menjalankan peranannya sebagai pemain industri.

Bagi saya pelakon turut memainkan peranan sebab ia melibatkan penjenamaan seorang artis.

“Cetak rompak versi baru ini adalah virus yang mampu tersebar dengan cepat sekiranya ia tidak dibendung.

“Ini juga soal hak dan setakat ini masih belum ada pelaksanaan menyeluruh bagi membanteras jenayah ini,” ujarnya.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Farid dan pengarah filem Osman Ali di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor.

Filem Pinjamkan Hatiku turut dibintangi oleh Ayda Jebat dan Shaheizy Sam dan mula bertemu penonton di pawagam pada 30 November lalu. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori