Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bonus Penjawat Awam Dibayar...

PUTRAJAYA - Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan...

5 Ditahan Baling Air...

KLANG - Lima lelaki ditahan selepas membaling air kencing dan najis lembu kepada...

Kerang Kembali ‘Menyerang’, Kali...

KUALA NERUS – Fenomena ribuan kerang terdampar di pesisir pantai kembali menggemparkan masyarakat...

Kerajaan Dapatkan Nasihat KKM...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung saranan...

Ronaldo Rangkul Ballon d’Or Kelima?

CRISTIANO Ronaldo disebut-sebut akan memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali kelima dalam satu majlis gilang-gemilang yang dianjurkan di Eiffel Tower pada Khamis.

Bintang Real Madrid itu akan bersaing sekali lagi dengan lawannya, Lionel Messi untuk merebut anugerah tersebut.

Namun menurut laporan di Sepanyol, pemain berusia 32 tahun itu sudah dimaklumkan lebih awal bahawa dia telah memenangi anugerah berprestij tersebut.

Ronaldo bakal diiringi Presiden Madrid Florentino Perez atau jurulatih Zinedine Zidane naik ke atas pentas untuk menerima trofi tersebut daripada bekas pemain kebangsaan Perancis, David Ginola.

“Ronaldo adalah salah satu simbol kebanggaan kami. Dia merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah kami. Beberapa hari lalu, dia memenangi trofi ‘The Best’ kedua dan minggu ini pula dia akan memenangi anugerah Ballon d’Or kelimanya,” kata Perez.


Wartawan di sebalik khabar angin mengenai kejayaan Ronaldo di Sepanyol, Francesc Aguilar (Mundo Deportivo) merupakan sumber yang boleh dipercayai dan mengundi untuk calon pemenang kategori Ballon d’Or sehingga 2014.

Aguilar juga tampil mendedahkan Ronaldo merupakan pemenang anugerah tersebut tahun lalu. – mStar Online

Kategori