Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Pencuri Ditangkap Orang...

Menjelang Hari Raya Korban tak lama lagi, pemilik lembu kini sudah mula waspada...

Namewee Beri Penjelasan Klip...

PENYANYI rap kontroversi, Namewee tampil memberi penjelasan mengenai klip video terbaharunya "Like a...

Putra Tanding 6 Kerusi,...

JOHOR BAHRU : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sahaja bakal menyaksikan penyertaan...

PBB Gesa Israel, Palestin...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan...

Rumah Pusaka Roboh Dihempas Ombak

DUNGUN – Sebuah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun di kampung Pantai Laut, Pantai Kuala Paka di sini roboh akibat dihempas ombak besar malam tadi.

Penghuninya, Yusof Abdullah, 42, berkata melihatkan keadaan rumah, tiada lagi harapan untuknya memperbaiki rumah tersebut.

Rumah tua itu dan kawasan sekitarnya yang menyimpan pelbagai memori ketika kecil kini ditelan ombak.

“Sukar untuk saya katakan betapa sedih dan pilu melihat rumah dan kawasan yang membawa pelbagai kenangan masa kecil semakin terhakis dek dilanda ombak besar.

“Semalam hanya bahagian dapur runtuh tetapi ombak besar malam tadi menyebabkan hampir keseluruhan roboh.

“ Sebelum ini jarak air laut jauh dari rumah kami agak jauh tetapi semenjak dua tahun kebelakangan ini keadaan laut semakin hampir dan apabila air pasang besar, air laut akan naik sehingga ke kawasan rumah penduduk,” kata nelayan itu ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Yusof berkata ketika kejadian berlaku hanya adik lelakinya yang berusia 37 tahun berada di dalam rumah dan beliau bergegas keluar apabila menyedari angin makin bertiup kencang.

Tambahnya, kejadian ombak besar bukanlah pertama kali berlaku tetapi kali ini paling buruk namun beliau tidak mampu untuk menyewa rumah lain dan memilih untuk terus tinggal di rumah tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kampung tersebut mempunyai lebih daripada 60 buah rumah yang rata-rata rumah kayu dan mereka yang tinggal di situ sesetengahnya adalah penyewa dan bekerja sebagai buruh serta nelayan.


Sementara itu, nelayan Yusuff Ishak, 53, yang tinggal di kawasan berhampiran mula mengisi pasir ke dalam guni sejak dua hari lalu bagi membuat benteng penahan ombak untuk mengelak air laut yang berada pada jarak hanya kira-kira 50 meter untuk ‘menjejak’ rumahnya.

“Saya bersama beberapa ahli keluarga membuat benteng ini untuk mengelak daripada rumah ini dihempas ombak. Saya menyewa rumah ini sejak enam tahun lalu dan perkara ini telah biasa berlaku kepada kami namun malam tadi benar-benar menakutkan.

“Terasa dinding rumah (kayu) bergegar dan angin bagaikan akan menolak kami… syukurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku.,” kata beliau, juga bekerja sebagai buruh.

Yusuff tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan tiga anaknya yang berusia empat, 10 dan 12 tahun.

Tambahnya, sebelum ini kerajaan telah beberapa kali membuat benteng menggunakan batu bagi mengelak hakisan berlaku tetapi ia gagal mengatasinya malah batu tersebut kini kebanyakannya telah ditenggelami pasir pantai dan ada yang dihanyutkan ombak.

“Jujurnya…setiap malam sejak awal musim tengkujuh, tidur saya tidak pernah lena. Sentiasa berjaga-jaga kerana risau keselamatan. Ada juga niat untuk berpindah tetapi tidak mampu kerana saya hanyalah seorang buruh,” katanya. – BERNAMA

Kategori