Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Sembilan ADUN BN Sedia...

KANGAR - Situasi melibatkan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

GST Mampu Tarik Lebih...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mampu menarik lebih ramai...

Bubar Parlimen Isyarat Jelas...

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen ke-13 akhirnya diumumkan hari ini dengan kerajaan Barisan...

VIDEO: Kejam..! Pak Cik...

LANGSUNG tidak berperikemanusiaan...Satu rakaman video memaparkan seorang pakcik dibelasah dengan teruk oleh dua...

Sakit Jantung, Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia

‘KEHILANGAN’ pelakon berbadan sasa ini menerusi media disambut dengan berita sedih mengenai kematian ibu kandungnya, Robiah Nasir pagi tadi.

Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira pukul 3.40 pagi Selasa akibat serangan jantung di rumah kakak Zul dekat Sungai Penchala, Damansara, Selangor.

“Ibu saya memang sakit jantung. Saya tidak sangka dia meninggalkan kami seawal ini kerana sebelum ini tidak tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Saya reda dengan pemergiannya dan berdoa agar urusannya di sana dipermudahkan,” kata Zul dipetik dari sebuah portal tempatan.

Menurut portal Astro Gempak, Allahyarhamah akan dikebumikan selepas selesai solat fardu Zohor dan disembahyangkan di Masjid Sungai penchala.

Menerusi ruangan Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), ramai peminat telah meninggalkan komen ucapan takziah atas kehilangan wanita tersebut.

Pentadbir akaun sosial tersebut turut berkongsi berita tersebut kepada semua peminat menerusi gambar yang dimuat naik.


“Kami baru sahaja menerima berita sedih mengenai kematian ibu The Boss (Zul) pada pagi tadi. Takziah kami ucapkan kepada keluarga.

“Kami akan selalu mengingati Allahyarhamah sebagai seorang yang sentiasa positif, kuat dan seorang yang selalu menyokong Zul. Sekarang dia sudah berada di sisi Allah dan semestinya di tempat yang lebih baik,” tulis admin di ruangan kapsyen.

Dalam masa yang sama, kekasih hati Zul, Zahirah Macwilson turut memuat naik gambar ucapan takziahnya mengenai berita kehilangan tersebut.

Tahziah diucapkan kepada Zul dan keluarga daripada pihak kami di atas kehilangan yang amat besar itu.

Ramai mengehtahui bahawa Zul sangat rapat dengan ibunya dan dia juga sentiasa membawa ibunya jika menghadiri apa-apa majlis.

Kehilangan ibunya itu barang kali akan memberikan impak yang teramat besar ke atas diri aktor berusia 31 tahun itu.

Semoga Zul dan keluarga tabah menghadapi dugaan itu. Mudah mudahan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori