Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Kematian COVID-19 Dalam...

PUTRAJAYA - Sejumlah 105 kes kematian dilaporkan semalam termasuk kes tertunggak menjadikan jumlah...

JPNP Gagalkan Cubaan Pindah...

Bentong : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menggagalkan cubaan sindiket membawa keluar balak...

Kontraktor Didakwa Pandu Berbahaya,...

Sungai Siput : Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Penjawat Awam Sabah Terima...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada...

“Saya Ada Perasaan…” – Luah Sajat Terguris Dimarahi Aliff

BARU-BARU ini tular di media sosial menyaksikan pengasas terkenal,  Datuk Seri Aliff Syukri memarahi jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline-nya “Jangan mengata” iaitu Nur Sajat.

Susulan perkara itu, Sajat dilihat telah menterjemahkan rasa sedih dan terguris berhubung isu tersebut menerusi beberapa video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya sepanjang hari ini.

“Saya ada perasaan. Selama ni walaupun saya dikecam tapi tidak secara berdepan kurang sikit rasa sedih. Kali ini entah kenapa hati saya rasa sedih dan terguris…😭😭

“Saya dah cuba bagi yang terbaik, bila kita dah bagi all out ada sahaja insan-insan yang tak berpuas hati. Takpelah apapun saya dah bagi 100% komitmen.

“Harap pihak di sana menghargai komitmen saya….😔😔😔 Takpelah kalau ada orang yang lebih baik saya tak kecil hati. Saya tak boleh puaskan hati semua orang,” tulisnya menerusi perkongsian itu.

Episod ‘sedih’ itu tidak hanya habis di situ sahaja, bahkan turut bersambung dalam posting yang seterusnya.

takpelah kalau ada org yg lebih baik saya x kecil hati….saya x bolh puaskan hati semua org….

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

“Takpelah kalau ada orang yang lebih baik saya tak kecil hati.  Saya tak boleh puaskan hati semua orang,” ujarnya menerusi satu posting yang berlainan.


Kedua-dua posting itu menerima lebih daripada 200,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata antara mereka namun berasa terhibur dengan gelagat Sajat sekali gus meninggalkan pelbagai komen yang mencuit hati.

Alahaiii… Haaa kan kak Sajat dah menangis tu. Siapa nak pujuk? – MYNEWSHUB.CC/AM

 

Kategori