Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Indonesia Keluar Mengundi...

JAKARTA - Rakyat Indonesia hari ini mengundi pada pilihan raya umum (Pemilu), bagi...

Pegawai Imigresen Pengsan Dirempuh...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penguatkuasa wanita Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera dan...

Taufan Sarika Tidak Akan...

KUALA LUMPUR - Taufan Sarika yang dikesan 1,248 km ke timur laut Sandakan,...

Jakim Tambah Pegawai Di...

KUCHING - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menambah pegawainya di Amsterdam bagi...

“Saya Tak Terasa Hati Dengan Elyana” – Datuk Seri Vida

AWAL bulan lalu, bekas peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana mengeluarkan kenyataan yang dia tidak langsung mengambil produk kesihatan Pamoga.

Malahan jelasnya secara terbuka, produk tersebut tidak sesuai untuk pesakit kanser kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya.

Kenyataan tersebut dibuat apabila sebelum ini penyanyi yang sinonim dengan berkaki ayam di pentas itu menyatakan dia menggunakan produk keluaran jutawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Baca: Tak Sesuai Untuk Kanser, Elyana Nafi Minum Pamoga

Namun, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman menyatakan dia tidak terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Elyana sekali gus meminta maaf jika penyanyi lagu Pakai Kanta Cinta itu tersinggung dengannya.

“Apa yang berlaku adalah secara spontan dan bukanlah dengan niat untuk perli mana-mana pihak. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa menggunakan produk saya pula.

“Namun, saya tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat Elyana baru-baru ini, jauh sekali untuk simpan dendam. Saya memohon maaf andainya ada kata-kata saya guris perasaan Elyana.

“Saya memahami keadaannya… Dia hanya cuba menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Insya-Allah, saya ada perancangan bersama Elyana,” katanya dipetik BH Online.

Vida berkata demikian ekoran terdapat desas desus yang mengatakan tindakannya menyoal penyanyi Aishah semasa siaran langsung program berkenaan Ahad lalu seperti memerli Elyana.


Menurut Vida, pertanyaan itu hanya untuk mendapatkan maklum balas jujur daripada pengguna produk yang diusahakannya.

“Semasa program bersiaran langsung, saya tanya Aishah dia guna produk saya itu atau tidak, sebab saya mahu kepastian dan jawapan jujur.

“Saya bukan perli Elyana atau sesiapa, saya tidak bermaksud begitu dan hanya mahu dapatkan maklum balas yang jujur daripada pengguna,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, pengasas kosmetik Vida Beauty ini turut mendoakan kesejahteraan Elyana dan mengharapkan penyanyi itu dipermudahkan urusan sehariannya. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori