Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahdzir Mahu Sekolah, PPD,...

PADANG TERAP - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pendidikan daerah. jabatan pendidikan negeri...

Pelekat Warna Berbeza Barang...

SEPANG - Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melabelkan barangan yang diberi pelepasan Cukai...

Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi...

KUALA LUMPUR - Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) memberi peluang kepada vendor komponen kereta tempatan untuk menembusi pasaran global.Menteri...

Ketengahkan Isu-Isu Semasa Yang...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta semua pembicara dan...

Selangor Harap Kembali Beraksi Di Stadium Shah Alam

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor masih berharap kerajaan negeri akan membenarkan pasukan itu menggunakan Stadium Shah Alam, sebagai gelanggang rasmi bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal turut mempersoal mengapa skuad Gergasi Merah tidak dibenarkan menggunakan stadium itu sedangkan pasukan dari negeri lain seperti Perak boleh menggunakannya.

Beliau berkata beraksi di venue seperti Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan 80,000 penonton dapat membantu pasukan itu menjana pendapatan sendiri, selepas kerajaan negeri memberhentikan peruntukan kepada pasukan berkenaan sejak Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak jawatan sebagai Presiden FAS, Disember lepas.

“Saya rasa tidak logik kalau Selangor bermain di stadium lain kerana Gergasi Merah patut masih (beraksi) di Stadium Shah Alam, yang dibina untuk pasukan Selangor. Kita bukan guna percuma, kita pun bayar sewa. Jika kita bermain di stadium kecil seperti Stadium Selayang yang mempunyai kapasiti 11,000 penonton, sukar untuk menjana pendapatan lebih.

“Sejak dua tahun lalu, FAS menerima peruntukan RM23 hingga RM25 juta setahun, tetapi secara tiba-tiba semua peruntukan diberhentikan dan diminta mencari dana sendiri. Namun kita masih berjaya pamer aksi yang baik untuk menamatkan Liga Super di tempat keenam.

“FAS masih mengharapkan kerajaan negeri, khususnya Azmin akan tergerak hati untuk bincang dengan kami dan benarkan bermain di Stadium Shah Alam. Bagaimanapun, kami ada perancangan lain sekiranya tidak dapat beraksi di Stadium Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge ke-13 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai laporan media bahawa juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu bakal menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi pada musim 2018, yang akan bermula awal tahun depan.

Subahan berkata terlalu awal untuk mengesahkan venue pasukan berkenaan kerana perkara itu masih dalam perbincangan dan keputusan akan dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang.


Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya, lazimnya digunakan untuk aksi final Liga-M seperti Piala FA dan Piala Malaysia, selain diadakan konsert dan perhimpunan.

Selangor terpaksa menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai venue rasmi sepanjang musim 2017, selepas PKNS FC diberikan keutamaan untuk menggunakan Stadium Shah Alam.

Untuk rekod, Selangor menamatkan saingan Liga Super di tempat keenam dengan 33 mata, hanya ketinggalan enam mata di belakang Felda United yang menduduki tempat ketiga, serta mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Subahan turut mengesahkan skuad itu sudah melengkapkan perpindahan dua pemain muda Indonesia dari Bhayangkara FC iaitu pemain tengah Evan Dimas, 22, dan penyerang Ilham Udin Armaiyn, 21, selain membawa masuk penyerang muda berusia 21 tahun dari Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj untuk memantapkan pasukan itu.

Dalam pada itu, kira-kira 1,000 pemain mewakili 80 pasukan dari empat negara – Malaysia, Singapura, China dan Indonesia – akan memburu kejuaraan pada Kejohanan Datuk Chu Ah Nge yang berlangsung hari ini dan esok, melibatkan lima kategori, Bawah-8, B-10, B-12, B-14 dan B-16. – BERNAMA

Kategori