Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Kedah Konsisten Desak...

PETALING JAYA - Di sebalik kerjasama rasmi PAS dan UMNO, parti Islam itu...

5 Lagi Mayat Pati...

KOTA TINGGI- Lima lagi mayat mangsa pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui di...

Pusat Tahfiz DQI Cari...

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan...

5% Pelajar Disaring Pada...

PUTRAJAYA - Kira-kira lima peratus atau seorang daripada 20 pelajar tingkatan empat yang disaring...

Selatan Thailand Lebih Selamat Sekarang

ARAU – Keadaan di Selatan Thailand sekarang lebih selamat berbanding beberapa tahun lepas dan perkembangan ini baik untuk membuat pelaburan, kata Timbalan Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran (Pembangunan) Wilayah Selatan Thailand (SBPAC), Laksamana Madya Somkeat Ponprayoon.

Menurutnya, kerajaan Thailand telah membuat perancangan jangka panjang untuk membangunkan semua wilayah tersebut iaitu Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat dan Yala.

“Kami percaya dan yakin pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan bakal melonjakkan ekonomi wilayah-wilayah terbabit….. ramai pelancong dan pelabur akan masuk dan kami harap rakyat menyokong usaha murni kerajaan ini..

Keadaan dari semasa ke semasa bertambah baik. Kes tembak menembak hanya berlaku di kawasan tertentu tetapi kadang-kadang diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Somkeat bercakap kepada media Malaysia selepas tamat perbincangan antara Southern Peace Media Club (gabungan lima wilayah tersebut) dan Kelab Media Perlis (KEMPs) di Galeri Diraja di sini, hari ini.

Sebelum itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meraikan rombongan 40 pengamal media dari Selatan Thailand pada majlis jamuan tengah hari di galeri tersebut.

Somkeart berkata perancangan kerajaan Thailand adalah untuk menjadikan Selatan Thailand sebagai kawasan stabil, makmur dan lestari bagi menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang selain mengubah kemiskinan mereka menjadi bertambah baik.

“Dalam perancangan ini kami fokus pada projek ekonomi mapan seperti Pattani sebagai kawasan pertanian, penternakan dan pemprosesan bahan mentah, Betong dengan projek pelancongan manakala Sungai Golok (Narathiwat) sebagai hub perdagangan antarabangsa,” tambahnya.


Somkeart berkata kedatangan pelancong asing ke Betong tahun ini dijangka lebih 800,000 orang berbanding kira-kira 500,000 sahaja tahun lepas.

Mengenai lawatan itu beliau berkata kerajaan Thailand menyifatkan media sebagai rakan dan menghargai peranan wartawan yang menyokong strategi pembangunan Segi Tiga Malaysia-Thailand-Indonesia (IMT-GT).

“Saya menyertai kumpulan wartawan daripada leih 30 agensi berita di Thailand hari ini untuk menemui rakan-rakan mereka di Perlis, Pulau Pinang dan Perak bagi menjalin kerjasama demi mencapai kemakmuran bersama selain menerangkan strategi pembangunan di Selatan Thailand,” tambahnya.

Sementara itu presiden Southern Peace Media Club, Rapee Mama berkata kes tembak atau letupan yang dilaporkan berlaku di Pattani, Yala atau Narathiwat kadangkala digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

“Kejadian ini hanya berlaku di kawasan tertentu dan membabitkan golongan tertentu yang tidak berpuas hati atas sebab peribadi,” katanya. – BERNAMA

Kategori