Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fiji Buang Simbol Union...

SUVA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Pemerintah Fiji, sebuah gugusan pulau besar di Lautan Pasifik; akan membuang...

Mitsui Outlet Park Buka...

SEPANG - Mitsui Outlet Park (MOP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah...

Malaysia Minta Vietnam Ekstradisi...

SOCHI (Rusia) - Vietnam sedia menimbang permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi...

Mak Aiii.. Kim Kardashian...

PERGHH... tanpa berselindung mahupun berlapik kisah peribadi bintang sensasi Kim Kardashian dan suami,...

Selepas Arab Saudi, Kini Mesir Berminat Tiru BR1M

JERLUN – Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata penerimaan oleh kedua-dua negara di Timur Tengah itu membuktikan BR1M yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah model ekonomi yang tepat dan terbukti membantu golongan tidak bernasib baik.

ā€œSaya melihat bahawa program BR1M ini satu program yang cukup murni dan diterima oleh golongan berpendapatan rendahā€¦ sebenarnya model ini juga sedang dikaji dengan serius untuk dilaksanakan di Mesir

ā€œMaksudnya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini menjadi satu model yang diterima pakai dan akan ditiru oleh Mesir dan Arab Saudi,ā€ katanya pada Program ā€˜Kembali ke Sekolahā€™ peringkat Parlimen Jerlun di Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, di sini, hari ini.

Othman yang menganggarkan lebih tujuh juta bakal menerima manfaat BR1M turut menyeru mereka yang layak agar segera mengemas kini maklumat diri atau membuat permohonan baharu di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum 31 Dis ini, bagi mengelakkan nama mereka tercicir daripada senarai penerima.


ā€œKetika ini BR1M berada di peringkat pendaftaran dan kemas kini maklumat diri penerimaā€¦ kita seru supaya masyarakat pergi kemas kini rekod diriā€¦ jangan ingat kita penerima BR1M maka nama kita sentiasa ada, kadang-kadang ada kesilapan teknikal nama kita tercicir, bila tercicir kita akan mengamuk dan salahkan kerajaan,ā€ katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

Kategori