SEREMBAN – Segala permasalahan dalam persatuan perlu diselesaikan secara demokrasi, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata mesyuarat persatuan menjadi medan untuk anggota mencari penyelesaian kepada isu yang timbul.
“Kita tidak mahu kalau berlaku sesuatu isu, seperti kalah dalam bertanding, anggota yang tidak berpuas hati mewujudkan persatuan baharu.
“Jika ini terus berlaku, masalah tidak akan pernah selesai,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-152 Persatuan Hoi Loke Malaysia di Lucky Palace Restaurant di sini, malam ini.
Kira-kira 1,000 tetamu turut hadir memeriahkan majlis tersebut. – BERNAMA