Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Guru Rugi RM22,160 Ditipu...

TELUK INTAN: Tindakan seorang guru menyerahkan nama pengguna dan kata laluan perbankan miliknya...

Restoran Eksploit Ayat Al-Quran...

PADAH... Restoran yang tular susulan pekerjanya ditampar pelanggan kerana tegur merokok didapati eksploitasi...

Maritim Tahan Kapal Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan laut...

PRN: Aziz DAP Biadap...

KUCHING - "Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan!" begitulah biadapnya tohmahan calon anak muda...

Sempoi! Fasha Sandha Naik Motor Kriss Pergi KL

BARU-BARU ini tular di laman Facebook sebuah rakaman yang menyaksikan pelakon terkenal, Fasha Sandha menaiki motosikal jenis Modenas Kriss ketika dalam perjalanan ke ibu kota.

Menerusi rakaman berkenaan, seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya sedang memboncengkan Fasha yang dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan mesyuarat.

Ekoran tersekat dalam kesesakan lalu lintas, pelakon cantik itu mengambil inisiatif untuk menumpang lelaki tersebut untuk ke lokasi yang hendak ditujui.

Thank you adik tumpang I pergi meeting dekat Kuala Lumpur. Jalan jammed sangat time macam ni. Untuk mengelakkan jammed, kita kena naik motor. Tidak ada pilihan,” kata Fasha menerusi video berkenaan.

Dalam pada itu, Fasha juga dilihat sempat menasihati orang ramai agar tidak memperkotak-katik mereka yang masih menggunakan motor jenis ‘lama’ selain memuji para penunggang motosikal di luar sana.

“Modenas Kriss je tapi boleh sampai ye. Kat PJ (Petaling Jaya) boleh sampai. Boleh sampai Bangi. Boleh sampai Ipoh kan.

“Haa semua boleh sampai. Jadi jangan memperkotak-katikkan orang yang naik motor. Diorang lagi best. Lagi power and lagi cepat,” kata Fasha dengan nada teruja.

Perkongsian viral itu dilihat mendapat pelbagai reaksi dan komen yang mencuit hati daripada netizen di media sosial.


Pehh, Sempoi betul la Fasha ni kan pergi KL naik Kriss je. Haaa…lepas ni jangan semua kaum lelaki pakat ramai-ramai naik motor pula sebab mengharapkan akak Fasha membonceng di belakang, fuh! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori