Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Dilarang Hadir,...

KUALA LUMPUR - Penjawat awam dilarang sama sekali daripada menghadiri atau terbabit dalam...

Tawaran Khas BN Untuk...

BARISAN Nasional (BN) membuat tawaran khusus untuk penduduk Teluk Intan meliputi lapan perkara...

‘Kembara MSAM-UMW 2016’ Pererat...

TAPAH - Sepuluh kenderaan pacuan empat roda yang membawa 30 sukarelawan masyarakat UMW...

Tabika Kemas Di Kedah...

KUBANG PASU - Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) yang dikendalikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)...

Senarai Konon Calon MB Cuma Sembang Kedai Kopi

SHAH ALAM – UMNO Selangor menafikan buat sebarang perbincangan mengenai bakal menteri besar jika BN menawan kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, isu itu juga sudah dipersetujui tidak akan diperkatakan langsung sehingga mereka benar-benar sudah berjaya merampas kembali negeri tersebut kelak.

“Tidak ada sebarang perbincangan rasmi. Jika ada yang heboh-heboh dan membuat senarai konon siapakah calon Menteri Besar Selangor yang baharu, itu hanya perbincangan politik ala ‘kedai kopi’.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid sendiri malah sudah memberi amaran memberi fokus kepada kemenangan, jadi kita jangan fikir siapa mahu jadi menteri besar dahulu.

“Berita daripada sumber yang dilapor sebuah portal itu tidak berasas, hanya berpandukan andaian peribadi,” kata Zein semasa dihubungi Astro Awani mengulas laporan The Malaysian Insight.

Portal propembangkang itu menyatakan konon Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunus tiada dalam senarai calon jika BN berjaya merampas negeri itu pada PRU ke-14 nanti.

Selain Jamal, nama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim juga dikatakan tiada dalam senarai bakal calon menteri besar Selangor dari kalangan wakil BN.

Sebaliknya UMNO Selangor dikatakan ‘hantar’ tiga nama iaitu ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; ADUN Dengkil, Shahrom Mohd. Sharif dan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Dalam pada itu tegas Zein lagi, nama calon menteri besar negeri tersebut hanya akan timbul dengan sendiri selepas kemenangan BN berdasarkan kemampuan diri masing-masing.


“Jika menang nanti, calon yang bakal mengemudi Selangor akan ‘timbul’ dan pada masa itu tidak ada sesiapa akan mempertikaikannya kerana ia merupakan hasil sokongan rakyat daripada keputusan PRU.

“Tidak perlu diperbesarkan isu ini dahulu, kini kita perlu fikir strategi menawan kembali Selangor,” ujar Zein sebagai merujuk amanat Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO.

Beliau juga sebelum ini mahu jentera UMNO Selangor memberikan fokus kepada usaha untuk memenangi negeri itu pada PRU ke-14 sebelum memikirkan tentang siapakah calon menteri besar.

Ahmad Zahid juga mahu ahli UMNO Selangor bekerja lebih keras untuk memenangi hati dan minda pengundi negeri itu yang pernah dihambat dengan permainan persepsi buruk sewaktu PRU ke-13.

BN yang kehilangan Selangor sejak PRU ke-12 pada 2008 kepada blok longgar Pakatan Rakyat, mengunjurkan boleh menang sekurang-kurangnya 35 daripada 56 kerusi DUN pada PRU ke-14 nanti.

Kedudukan sekarang, BN Selangor hanya menyandang 12 kerusi, Pakatan Harapan belum sah didaftarkan 30 kerusi, PAS 13 dan seorang wakil rakyat bebas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori