Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Seorang Maut Akibat Ribut...

ATLANTA - Ribut dan hujan lebat melanda bahagian tengah Amerika Syarikat pada Rabu...

Datin Dera Amah Sudah...

KUALA LUMPUR- Polis berjaya menjejak wanita bergelar Datin yang menghilangkan sendiri selepas mengaku...

Warga Emas Maut Tangan...

Seremban - Wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tangan terikat dan muka...

Perkataan ‘Badut’ Buat Pemain...

PERKATAAN badut membuatkan pemain-pemain Manchester United bangkit menewaskan pandahulu liga Sabtu lalu. United menewaskan...

Skim Thohir Tingkatkan Bilangan Pembayar Zakat

KUALA LUMPUR – Kempen Skim Thohir 2017 merekodkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035 orang bagi tempoh April hingga November lalu, berbanding 2,356 bagi tempoh sama pada 2016.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Abdul Hakim Amir Osman berkata peningkatan itu disebabkan faktor kesedaran yang tinggi untuk membayar zakat serta kemudahan pembayaran melalui potongan gaji yang ditawarkan CIMB Islamic Bank Bhd.

“Sejak diperkenalkan tahun lalu, PPZ-MAIWP menjalin kerjasama dengan CIMB Islamic bagi memudahkan pembayaran zakat dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Penutup Skim Thohir 2.0 2017 yang dianjurkan untuk menggalakkan umat Islam menunaikan tanggungjawab menunaikan zakat.

CIMB Islamic juga menaja hadiah bernilai RM49,000 dengan tambahan RM7,000 sekiranya pemenang mempunyai akaun CIMB Bank.

Hadiah utama pakej umrah untuk dua orang dimenangi kakitangan syarikat pengurusan unit amanah, Rozalinda Katan, 35, yang berasal dari Melaka.


“Saya bersyukur kerana memenangi pakej umrah ini dan InsyaAllah akan ke Tanah Suci bersama suami pada hujung tahun depan,” katanya yang mendapat tahu mengenai skim itu daripada majikannya.

Selain itu, Md Fadzli Md Saat, 43, diumumkan sebagai pemenang kedua dengan memenangi baucer percutian bernilai RM5,000 dan bercadang menggunakannya untuk menunaikan umrah. – BERNAMA

Kategori