Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Neelofa Ke Pentas Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau...

Revolver Diguna Dalam Kes...

ALOR SETAR - Pihak polis merampas sepucuk revolver bersama sebutir peluru hidup yang...

Keadaan Sekitar Kuil, Menara...

SUBANG JAYA - Keadaan tenang dan terkawal di sekitar kuil Sri Maha Mariamman...

Warga Emas Kena Bunuh,...

ENTAH apa agaknya yang merasuk lelaki ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang begitu...

Terengganu Jalani Latihan Di Thailand Hadapi Sukma 2018

KUALA TERENGGANU – Skuad sepak takraw Terengganu kini giat menjalani latihan di Thailand sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Terengganu (PSNT), Mohd Shapian Ali berkata 12 pemain bersama dua jurulatih dihantar menjalani latihan selama sebulan di negara berkenaan bermula 28 Nov hingga 26 Dis ini, dalam usaha meraih pingat emas pada temasya Sukma 2018.

“Ia satu Program Tindik melibatkan latihan dan aksi persahabatan antara pemain kita bersama kelab-kelab , sekolah sukan dan universiti sekitar Bangkok, dalam usaha Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mahu mengembalikan kegemilangan sukan ini.

“Pada program itu diharap pemain dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran daripada pemain Thailand. Ia juga adalah usaha menjadikan Terengganu sebagai hab sukan sepak takraw Malaysia dan dapat meraih pingat pada Sukma 2018,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setakat ini, pasukan Terengganu sudah mengadakan empat perlawanan persahabatan sepanjang tempoh latihan di Thailand, antaranya dengan pasukan India dan pasukan dari Bangkok.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PSNT dengan kerjasama MSNT bakal mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden Terbuka Terengganu 2018 pada 5 hingga 6 Jan.


“Kejohanan ini akan berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Pemain atau regu dalam atau luar Terengganu dialu-alukan untuk menyertainya.

“Penyertaan dan pengesahan hendaklah dibuat melalui borang penyertaan yang perlu diserahkan kembali kepada urusetia kejohanan sebelum 5 Jan 2018 bersama yuran penyertaan RM150,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kejohanan itu boleh menghubungi talian 012-9177153 (Khairul) dan 013-9335685 (Alauddin). – BERNAMA

Kategori