Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bilik Hotel Jahanam Dirosak...

ALANGKAH terkejutnya pekerja sebuah hotel di Sandakan, Sabah apabila mendapati salah sebuah bilik...

Pertikai Data Harian Covid-19...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia...

Nombor Telefon Iklan Ah...

IPOH - Kebanyakan pemilik nombor telefon yang tertera pada 'banner' pinjaman wang tanpa...

Israel Berbohong Tentang Kewujudan...

BEKAS menteri pertahanan Israel Moshe Ya'alon mengakui pada Khamis bahawa pegawai-pegawai Israel selama...

SPE: Penduduk Jalan U-Thant Gagal Cabar Keputusan

KUALA LUMPUR – Pemilik dan penghuni hartanah di Jalan U-Thant hari ini gagal mencabar keputusan Menteri Kerja Raya dan tiga pihak lagi yang meluluskan Jajaran Desa Pandan bagi lebuh raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh pemilik dan penghuni serta memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit.

Dalam penghakimannya, Azizah berkata tujuan pembinaan lebuhraya SPE, termasuk Jajaran Desa Pandan, adalah untuk kepentingan masyarakat keseluruhan.

“Tujuan jajaran ini adalah menyuraikan kesesakan lalu lintas dengan menyediakan sistem penyuraian lalu lintas yang lebih baik dan efisien serta mempertingkatkan kesambungan dengan sistem pengangkutan lain ke arah pembangunan Kuala Lumpur,” katanya, dan menambah, jelas bahawa pembinaan SPE adalah untuk tujuan dan kepentingan umum.

Hakim itu juga berkata laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek itu diluluskan pada 30 Jun 2016 dan laporan berkenaan telah mengambil kira pertimbangan ini.

“Justeru, tidak boleh dikatakan bahawa keputusan untuk meluluskan Jajaran Desa Pandan sebagai menyalahi undang-undang, tidak rasional dan/atau tidak munasabah,” katanya, dan memerintahkan pemohon supaya membayar kos RM3,000 masing-masing kepada responden iaitu Menteri Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) , Kerajaan Malaysia dan Lebuhraya DUKE Fasa 3 Sdn. Bhd.

Azizah juga berkata kelulusan reka bentuk dan/atau spesifikasi jajaran, tidak dipertikaikan dan satu reka bentuk baharu dikemukakan kepada LLM pada 12 Jun 2017.

“Reka bentuk baharu ini berbeza daripada reka bentuk lama yang merupakan perkara teras dalam permohonan pemohon, reka bentuk baharu akhirnya diluluskan oleh LLM pada 15 Nov 2017. Oleh kerana reka bentuk baharu telah pun diluluskan oleh LLM, isu ketidakpatuhan dengan Peraturan LLM tidak lagi berbangkit,” katanya.


Pada 3 dan 4 April tahun ini, Enisah Baharuddin, Joy Devi Kunanayagam, Datuk Dr N. Kunanayagam, IM Holdings Sdn Bhd, LA & I Sdn Bhd, Dharma Sdn Bhd, Gulam Rasool Khan TM Abdul Hameed, Datuk Seri Md Isahak Md Yusuf, Rinata Sdn Bhd dan Law Shu Kee memfailkan permohonan dengan menamakan Menteri Kerja Raya, LLM, Kerajaan dan Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd sebagai responden.

Penduduk terbabit memohon perintah certiorari untuk mencabar keputusan Menteri, LLM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kerajaan dalam meluluskan reka bentuk dan/atau spesifikasi bagi SPE Jajaran Desa Pandan.

Mereka memohon perisytiharan bahawa kelulusan itu gagal mempertimbangkan dan/atau mengambil kira kesan ke atas kesihatan penduduk dan kesan sosial daripada Jajaran Desa Pandan selain gagal menimbangkan kesan buruk ke atas nilai hartanah yang dimiliki pemohon.

Pemohon juga memohon perisytiharan bahawa kelulusan itu menyalahi undang-undang, tidak rasional dan/atau tidak munasabah oleh kerana ia tidak mematuhi peraturan sertagaris panduan LLM. – BERNAMA

Kategori