Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

300 Artis Terpaksa Pinjam...

PADAH.... Lebih kurang 300 orang seniman di negara ini dilaporkan terjebak dengan pinjaman...

Mahathir Jumpa Kit Siang...

NEGARAWAN Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang percaya bahawa tidak ada musuh atau...

Amran Fans, FB Peminat...

Populariti Amran Fans memang tidak perlu diperkenalkan lagi, lihat sahaja jumlah pengikut di...

Mayat Reput Dijumpai Dalam...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki dijumpai dalam keadaan reput di kawasan ladang...

SPR Umum Empat Kategori Tambahan Pengundi Pos

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan empat kategori tambahan sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 28 November lalu.

Pengerusnya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, kemudahan pengundian secara pos itu dihadkan kepada empat kategori iaitu anggota Agensi Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Pendaftaran Negara di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) sahaja.

“Kemudian ini diberikan kepada anggota yang bertugas pada hari mengundi sahaja atas justifikasi bahawa anggota terbabit merupakan pemilih yang tidak dapat meninggalkan tugas mereka pada hari mengundi.

“Ia demi memastikan aspek keselamatan dan perkhidmatan kepada rakyat terjamin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Hashim berkata, kemudahan itu akan dilaksanakan pada PRU14 dan pewartaannya telah dibuat pada 13 Disember 2017 berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2013. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori