Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seramai 7 Penagih Dadah...

ALOR SETAR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan menahan 17 penagih dadah dalam...

Pengurus Ladang Bebas Tuduhan...

TELUK INTAN - Seorang pengurus ladang yang berdepan dua tuduhan menculik dan menyembunyikan...

Tugas UMNO Lebih Mudah...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menyifatkan tugas parti itu sebagai pembangkang menjadi lebih...

Pesta Menuai Ikan Tagal...

KIULU - Lebih 400 penduduk menyertai Pesta Mongoi Bombon atau ‘menuai ikan Tagal’...

SPRM Cari 3 Individu Bantu Siasatan 3 Kes Rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rasuah berasingan.

Menurut kenyataan suruhanjaya itu hari ini, SPRM Kedah sedang mengesan seorang lelaki, Tan Hooi Sim, 47, pemegang kad pengenalan bernombor 700717-02-5449 yang beralamat di 26, Batu 5 1/2, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah.

Individu kedua yang dikesan SPRM Kedah ialah Md Liton Azid Bepari, 40, memegang pasport bernombor BC0339074 dengan alamat terakhir di Ladang Ayam Lubok Getah, Pendang, Kedah.

“SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tan Hooi Sim dan Md Liton Azid Bepari supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Hedzra Shahrul Ahmad di talian 012-5135290,” menurut kenyataan itu.


Sementara itu, ibu pejabat SPRM sedang mengesan Michael Persius Ubu, 61, yang memegang kad pengenalan bernombor 561129-12-5235 serta mempunyai alamat terakhir di Lot 8-G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Tharuzi Mohd Nor di talian 03-8870 0366 atau 013-955 7850,” katanya. – BERNAMA

Kategori