Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

2 Penjual Besi Buruk...

SHAH ALAM - Dua penjual besi buruk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Chae Won Fail Tindakan...

BINTANG Korea Selatan, Moon Chae Won mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kenyataan palsu...

AmanahRaya Tandatangani Ikrar Bebas...

KUALA LUMPUR - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah...

Kedutaan Arab Saudi Bantu...

PETALING JAYA - Kedutaan Arab Saudi membantu mempercepatkan proses kelulusan visa bakal jemaah...

Stok Minyak Sawit Pada November Naik Kepada 2.55j Tan

KUALA LUMPUR – Stok minyak sawit Malaysia pada November 2017 naik 16.02 peratus kepada 2.55 juta tan daripada 2.20 juta tan yang dicatatkan pada Oktober.

Stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 20.98 peratus kepada 1.48 juta tan, pada bulan dalam kajian daripada 1.23 juta tan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut angka awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini.

Stok minyak sawit diproses menokok 9.74 peratus kepada 1.06 juta tan berbanding bulan sebelumnya yang berjumlah 972,914 tan.

Pengeluaran MSM susut 3.29 peratus kepada 1.94 juta tan pada November daripada 2.00 juta tan yang dicatatkan sebelumnya.

Menurut MPOB, pengeluaran isirong sawit berkurangan 2.82 peratus kepada 484,878 tan pada November berbanding pengeluaran pada Oktober sebanyak 498,966 tan .


Dalam satu kenyataan, ia turut menyatakan eksport minyak sawit berkurangan 11.94 peratus kepada 1.35 juta tan pada November berbanding pada Oktober yang berjumlah 1.53 juta tan manakala eksport oleokimia turun 5.65 peratus kepada 240,998 tan.

Eksport minyak isirong sawit susut 14.55 peratus kepada 79,855 tan tetapi dedak isirong sawit naik 52.95 peratus kepada 219,018 tan.

Pada November, eksport biodiesel melonjak 63.08 peratus kepada 9,087 tan. – BERNAMA

Kategori