KEJAM dan tidak berperi kemanusiaan. Seorang suami, yang membelasah isterinya hingga koma dan kemudian merakamkan gambar wanita itu semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawannya kini berdepan penjara 16 tahun.
Ia selepas wanita malang itu, Anastasia Oviannikova meninggal dunia enam hari setelah dipukul oleh lelaki kejam itu, Maxim Gribanov di Lebedyan, utara Rusia.
Dalam kejadian itu, Maxim membelasah isterinya hanya semata-mata untuk membuktikan kepada mereka bahawa dia boleh mengawal wanita berkenaan.
Anastasia sebelum itu telah memaklumkan kepada Maxim bahawa dia ingin meninggalkan lelaki itu.
Ketika dibawa ke hospital, Anastasia, 28, mengalami lebam di seluruh badan, luka di bahagian dalaman dan patah beberapa tulang.
Dalam rakaman video yang disebarkan kepada kawan-kawannya, Maxim dilihat telah memukul Anastasi berulang kali.
Lelaki itu juga mengugut mencederakan bapa dan abang Anastasia sekiranya mereka cuba menghalang atau melaporkannya kepada polis.
Menurut kawan Anastasia, wanita itu telah bertemu lelaki lain dan dia juga cuba untuk meninggalkan suaminya yang ganas dan suka memukulnya.
Selama ini Anastasia takut dengan suaminya dan dia menjadi mangsa penderaan rumah tangga selama bertahun-tahun. – MYNEWSHUB.CC