Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpedaya Ubat Mampu...

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dan membeli ubat-ubatan yang diiklankan di...

Lebih 570 Kediaman Di...

KAJANG - Lebih 570 kediaman di 10 kampung dan satu taman perumahan di...

Inflasi, Kos Sara Hidup...

Kuala Lumpur : Kadar inflasi dan kos sara hidup di Arab Saudi antara...

Ukraine Terus Lakukan Serangan...

MOSCOW : Ukraine menyasarkan wilayah selatan Russia di Ossetia Utara dengan serangan dron...

Suami Durjana Bernafsu Lihat Isteri ‘Diratah’ Lelaki Lain

KUALA LUMPUR – Selama dua tahun, seorang wanita terpaksa menanggung derita akibat kecenderungan seks suaminya yang pelik iaitu bernafsu melihat isterinya melakukan hubungan seks bersama lelaki lain.

Jika menolak, wanita tersebut akan dipukul oleh suaminya.

Tidak mampu untuk menahan ujian getir itu lagi, wanita itu akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Kuang di Gombak, yang membuatkan lelaki itu akhirnya ditangkap semalam (Rabu), lapor Harian Metro.

Difahamkan, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu akan menjemput rakan-rakan ke rumahnya di Taman Sri Putra dan memujuk mereka untuk bersetubuh dengan isterinya.

Baru-baru ini menurut sumber pihak polis, lelaki itu telah bertindak lebih dahsyat lagi iaitu memaksa isterinya untuk ikut ke sebuahrumah urut di Rawang, di mana dia kemudiannya telah memaksa wanita itu untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang tukang urut lelaki.

“Sebelum ini, lelaki itu pernah menjemput rakannya bermalam di rumah dan kemudian memaksa isterinya untuk berasmara bersama rakannya itu.

“Wanita tersebut, seorang suri rumah, akan dipukul jika dia menolak permintaan suaminya,” kata sumber itu lagi.


Tambah sumber itu lagi, salah seorang rakan kepada lelaki itu, yang telah menetap di rumah kelamin mereka sejak dua tahun lalu, turut mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut membawa balik lelaki berbangsa Vietnam, Bangladesh dan Indonesia ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks bersama isterinya!

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh wanita itu, lelaki tersebut dan rakannya telah ditahan bagi siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori