Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sekurang-Kurang 9A+ SPM Boleh...

PUTRAJAYA - Pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Anak Whitney Houston, Bobbi...

ANAK tunggal mendiang Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown disahkan meninggal dunia di pusat...

Lelaki Hayun Kotak Bir...

IA adalah aksi yang mengejutkan apabila seorang lelaki telah menghayunkan tiga kotak tin...

WHO Sahkan Pusat Penjagaan...

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan berlaku beberapa serangan ke atas pusat penjagaan...

Sultan Selangor Berangkat Ziarah Makam Diraja Klang

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat menziarahi Makam Diraja Klang dan menyertai majlis tahlil di makam berkenaan.

Istiadat itu merupakan antara program yang disusun bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-72 pada Isnin ini.

Sultan Sharafuddin tiba di perkarangan makam pada kira-kira pukul 10.10 pagi dan diiringi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pembesar negeri dan anggota kerabat diraja Selangor.
Majlis tahlil itu dipimpin oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.


Makam berkenaan yang terletak bersebelahan dengan Istana Alam Shah di sini menempatkan makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyiram air mawar di makam berkenaan. – BERNAMA

Kategori